Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pelakon jelita Anna Jobling meneruskan tradisi untuk tahun kedua memberikan kad raya kepada keluarga, rakan-rakan dan peminatnya dari Malaysia, Indonesia, Singapura serta Brunei.
Tradisi kad raya
Menghasilkan dengan sentuhan sendiri, Anna akui teruja untuk berkongsi ingatan tulus ikhlas dan kad ucapan istimewa tersebut.
Selain untuk menyebarkan kegembiraan dan mengeratkan kemesraan, Anna berkata dia ingin menghargai pelbagai pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya sekaligus menghidupkan budaya mengirim kad raya yang semakin dilupakan.
Saya sangat teruja untuk meneruskan Projek Kad Raya tahun ini. Tahun lepas, bila saya terima maklum balas daripada peminat terutamanya di media sosial, semuanya positif, mereka siap buat video cantik dan tag saya di media sosial.
Bukan itu sahaja, saya juga berkongsi sampul raya eksklusif sebagai cenderamata buat mereka.
Untuk tahun 2024 ini, Anna telah memperuntukkan 1,000 kad raya yang bakal diedarkan di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bermula minggu depan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, sepanjang ramadan kali ini Anna memilih untuk lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga tersayang dan berehat dari aktiviti lakonan selian hanya menghadiri majlis berbuka puasa.