Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnna Jobling Bersyukur Menjadi Duta, Terlibat dalam Reka Koleksi Baju Raya dengan...

    Anna Jobling Bersyukur Menjadi Duta, Terlibat dalam Reka Koleksi Baju Raya dengan Motif Kucing

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon cantik Anna Jobling, 24, bersyukur masih diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai duta jenama pakaian kucing, DD Cat.

    Artikel berkaitan: Anna Jobling Luang Masa 2 Jam Bersama Puteri Ameerah, Anggap Pujian Komen Netizen Cakap Muka Iras – ‘Dia Tonton Semua Drama Lakonan Saya’

    Artikel berkaitan: Bawa Pulang Trofi Kemenangan, Anna Jobling Dinobat Sebagai Individu Paling Berpengaruh Gempak Most Wanted Award 2023

    Pencinta kucing

    Menurut Anna, sebagai pencinta kucing, dia berbesar hati dapat terlibat secara langsung dalam rekaan, pemilihan warna dan fabrik untuk koleksi baju raya kucing 2024.

    Semua orang tahu saya sangat sayangkan kucing. Saya selalu inginkan yang terbaik untuk kucing-kucing saya.

    Koleksi baju raya kucing DD Cat pada tahun ini menampilkan lapan pilihan warna yang segar dan menarik.

    Apa yang menarik, pencinta kucing boleh memilih sama ada Baju Melayu, Baju Kurung atau Kebaya untuk kucing kesayangan mereka.

    Tambah Anna, dia turut berkongsi keistimewaan baju raya kucing DD Cat yang menjadi pilihan anak Sultan Brunei, Pengiran Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dalam satu pertemuan baru-baru ini.

    Dapat sambutan baik di Brunei & Singapura

    Dalam pada itu, pelakon Melur Untuk Firdaus ini meluahkan rasa gembira apabila koleksi raya kucing yang dikeluarkan bermula pada tahun lalu mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei dan Singapura.

    Tahun lalu, sebanyak 15,000 helai koleksi baju raya kucing DD Cat terdiri daripada Baju Melayu, Kurta, Kurung dan Kebaya terjual bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei dan Indonesia.

    Didorong oleh sambutan luar biasa itulah, untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri tahun ini DD Cat telah menghasilkan sebanyak 25,000 helai baju raya kucing.

    Berkongsi tentang kelebihan koleksi pada tahun ini, Anna berkata, semua rekaan menampilkan songket berkualiti tinggi, manakala koleksi baju kurung dan kebaya kucing DD Cat mengenengahkan fabrik songket dan como crepe polos dengan perincian renda French Lace yang elegan.

    ALSO READ:  Wani Kayrie Belanja Keluarga Pulang Ke Sabah, Bayar Tiket ‘Flight’ Harga Cecah Empat Angka

    Buka peluang kepada ejen

    Sementara itu, DD Cat juga memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menambah pendapatan dengan menjadi ejen kepada baju raya kucing DD Cat.

    Untuk tahun 2024 ini, DD Cat mahu berkongsi rezeki dengan membuka peluang kepada ejen dan affiliate untuk turut serta dalam perniagaan baju raya kucing DD Cat.

    Sementara itu, koleksi baju raya kucing DD Cat terkini bole didapati melalui pembelian dalam talian seperti di Shopee dan TikTok @ddcathq bermula pada 4 Mac 2024.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts