Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnna Jobling Cerita Pertama Kali Bertemu Dengan Princess Ameerah Raih Perhatian!-“Dia Datang...

    Anna Jobling Cerita Pertama Kali Bertemu Dengan Princess Ameerah Raih Perhatian!-“Dia Datang Terus Peluk Saya”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman merupakan seorang model, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau mendapat tempat keempat. Beliau telah membintangi beberapa drama TV seperti Shah Alam 40000 dan Keluarga Baha Don, namun lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus

    Anna Jobling meupakan anak tunggal kepada bapanya yang berbangsa Inggeris yang berasal dari United Kingdom dan ibunya yang berbangsa Melayu dari Melaka. Sebelum menyertai Dewi Remaja, Anna Jobling memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia dan sejak itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi iklan televisyen dan sebagai penghias muka depan majalah

    “Kami Berbual Hampir 2 Jam”

    Baru-baru ini di acara Gempak Most Wanted Award 2023, Anna Jobling sempat menjelaskan mengenai perjumpaannya dengan peminatnya yang merupakan seorang Puteri diraja Brunei Darussalam iaitu Puteri Ameerah.

    Anna Jobling menjelaskan bahawa dia tidak berkunjung ke istana, sebaliknya Puteri Ameerah sendiri yang datang kepadanya.

    “Hari pertama saya sampai Brunei, Anna dapat call dari manager Anna pukul 2 atau 3 pagi dia beritahu bahawa Princess Ameerah nak jumpa, sebab ramai yang cakap muka kitaorang ni sama”-kata Anna Jobling

    “Hari berikutnya dekat Empire Hotel, pukul 3 dia sampai dengan kawan-kawan dia dan bodyguard and then dia terus peluk Anna”

    “Dia Princess Ameerah, memang susah nak jumpa. Orang Brunei sendiri pun cakap tak pernah jumpa dia”-Tambah Anna Jobling

    VIA TIKTOK TAIMSHAHEDITT
    VIA TIKTOK TAIMSHAHEDITT
    VIA TIKTOK TAIMSHAHEDITT

    Anna Jobling juga mengatakan bahawa dia sangat bertuah kerana dapat berjumpa dengan Puteri Ameerah kerana dia amat meminati Puteri Ameerah dan Puteri Ameerah juga meminatinya. Tambah Anna Jobling lagi, sepatutnya berjumpa dengan Puteri Ameerah hanya sekejap sahaja malah ianya berlarutan sehingga 2 jam, dan yang dibualkan adalah mengenai kehidupan, kerja, Brunei dan lain-lain.

    ALSO READ:  [VIDEO] Syedot Beri Penjelasan Dakwaan ‘Spin’ Cerita, Dedah Dapat Mimpi Liana Menipu – ‘Dia Cuba Nak Impress Lebih Dari Saya’

    Sememangnya Anna Jobling dan Puteri Ameerah mempunyai iras yang hampir sama. Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts