Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnna Jobling Menghabiskan 2 Jam Bersama Puteri Ameerah, Teruja Dengan Pujian Netizen...

    Anna Jobling Menghabiskan 2 Jam Bersama Puteri Ameerah, Teruja Dengan Pujian Netizen Yang Mengatakan Muka Mereka Sama – ‘Dia Menonton Semua Drama Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon jelita, Anna Jobling mendedahkan dirinya berasa begitu bertuah dan beruntung selepas berpeluang untuk bersua muka dengan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah sewaktu berkunjung ke Brunei baru-baru ini.

    Luangkan masa 2 jam bersama

    Ketika ditemui , Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia dimaklumkan bahawa Puteri Ameerah mahu berjumpa dengannya selepas mendapat tahu kunjungan ke negara berkenaan.

    Ramai fikir saya dapat jemputan ke istana untuk berjumpa dengan Ameerah. Tapi sebenarnya pada hari pertama di Brunei saya dimaklumkan oleh pengurus Ameerah mahu berjumpa dengan saya.

    Saya macam terkejut dan ‘excited’ sebab Ameerah kenal saya. Keesokan harinya, Ameerah sampai ke majlis di sebuah hotel terus datang dan peluk saya.

    Sebenarnya sangat susah nak jumpa, bahkan orang Brunei yang ada bersama kami pun cakap yang tak pernah jumpa Ameerah walaupun mereka tinggal di sana.

    Anna berkongsi perkara tersebut selepas tamatnya anugerah Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA23) yang diadakan di Putrajaya Internation Convention Centre (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

    Tambah pelakon yang popular dengan drama ‘Melur Untuk Firdaus’ itu lagi, dia juga berpeluang untuk meluangkan masa berbual selama dua jam bersama Puteri Ameerah.

    Lebih manis, Puteri Ameerah memaklumkan dirinya sangat meminati Anna dan sering menonton drama yang dibintangi Aktres TV Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu.

    Ia adalah satu rezeki buat saya kerana dapat bertemu dengannya. Lebih manis Ameerah meminati saya dan dalam masa yang sama saya juga meminatinya.

    Dan sepatutnya Ameerah jumpa dengan saya sekejap saja tapi kami luangkan masa hampir dua jam berbual mengenai bermacam perkara seperti tentang Brunei, soal kehidupan, karier dan kucing.

    Ameerah seorang yang sangat merendah diri, lembut dan manis. Waktu itu merupakan satu majlis keramaian, kalau ada yang datang nak bergambar dengannya, Ameerah pasti layan.

    Ketika ditanya mengenai komen yang mengatakan dirinya mempunyai wajah yang hampir sama dengan Puteri Ameerah, Anna berkata dia mengambil maklum mengenai komen tersebut dan menganggapnya sebagai satu pujian.

    Saya ada terbaca komen ramai yang mengatakan wajah kami seiras. Hampir dua minit juga saya ambil untuk tenung wajahnya dan cari persamaan yang dikatakan netizen itu.

    Mungkin ada sedikit persamaan pada bahagian bibir dan mati kami dan Ameerah juga memaklumkan bahawa ia adalah satu pujian bila ada yang mengatakan wajah kami seiras.

    Sekadar info, Anna dinobatkan sebagai pemenang utama pada malam anugerah GMWA23 dan turut memenangi dua lagi kategori iaitu Selebriti Digital Tergempak dan Anugerah Drama Tetap Boom.

    ALSO READ:  GOOGLE Senaraikan 10 Destinasi Paling Ramai Dicari Oleh Rakyat Malaysia Untuk Percutian Musim Panas

    Bukan itu sahaja, drama lakonan Anna yang bertajuk ‘Melur Untuk Firdaus 2’ juga turut memenangi kategori Drama Tergempak buat kali kedua selepas memenangi anugerah tersebut pada edisi yang lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts