Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnna Jobling Teruja Nak Guna Skil Berenang Dalam Filem Duyung – ‘Saya...

    Anna Jobling Teruja Nak Guna Skil Berenang Dalam Filem Duyung – ‘Saya Pernah Wakil Selangor Dalam Sukan Tersebut’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Anna JoblingAnna Jobling

    Pelakon cantik, Anna Jobling akui teruja untuk menggunakan kemahiran berenang yang dimiliki dalam filem terbaharu lakonannya iaitu Duyung: Lagenda Aurora.

    Wakil Selangor renang

    Anna JoblingAnna Jobling

    Pernah mewakili Negeri Selangor dalam sukan renang, pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling, 24, berharap kelebihan tersebut akan membantunya menyelam dalam naskhah arahan Datuk Prof Ts. Dr A. Razak Mohaideen itu.

    Saya memang suka mermaid, masa kecil saya pernah berangan nak jadi mermaid. Akhirnya impian saya tercapai. Lagipun dapat juga saya gunakan kemahiran berenang dalam filem itu juga.

    Saya tak tahu la kalau ada yang tahu atau tidak, tapi saya pernah menjadi wakil Selangor untuk sukan renang. Jadi, tak ada masalah untuk saya nak berenang atau menyelam dalam filem itu nanti.

    Anna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sekuel filem Duyung iaitu Duyung: Lagenda Aurora yang diadakan di Wetland Studio, Putrajaya, pada Selasa.

    Watak duyung

    Anna JoblingAnna Jobling

    Bercakap fasal kostum duyung yang akan digayakan, Anna berkata, dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak produksi.

    Risau ke tak? Saya rasa produksi tahu mereka nak buat apa. Saya rasa, mereka pun tak nak orang kecam cerita ini. Kang tak fasal kena kecam sebab pakaian saya.

    Jadi, saya percaya pada mereka. Kalau saya tak selesa, saya akan beritahu pada produksi juga. Tapi kita pun dah buat fitting semua, Alhamdulillah. Ikutkan saya pakai macam ini (longgar) pun orang akan kritik. Tapi nak buat macam mana.

    Dalam pada itu, Anna turut mengakui berasa gementar untuk membawa watak sebagai Aurora yang merupakan anak kepada duyung lakonan aktres, Maya Karin.

    Saya memang sangat gementar nak bawa watak duyung, apatah lagi filem ini merupakan sekuel dari filem pertama yang semua orang tengok. Saya pula bawa watak anak kepada Maya Karin, memang watak yang sangat besar.

    Sekadar info, filem Duyung: Legenda Aurora bakal memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024. Filem ini dijangka menemui penonton di pawagam pada suku tahun ketiga 2025.

    ALSO READ:  Antara Buah Tangan Menarik yang Wajib Dibawa Balik Kampung, Pasti Disukai Semua!

    Selain Anna, Duyung: Legenda Aurora turut menampilkan barisan pelakon seperti Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda.

    Untuk rekod, filem Duyung pernah memenangi Anugerah Khas Box Office di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM 21) pada 2008.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts