Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, January 8, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAnugerah GrabFood 5-Star Kembali & Koranglah Yang Akan Menentukan Pemenangnya!

    Anugerah GrabFood 5-Star Kembali & Koranglah Yang Akan Menentukan Pemenangnya!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Semua orang tahu Malaysia adalah salah satu negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan. Korang nak makan apa tinggal pilih je, semuanya ada!

    Untuk meraikan kepelbagaian ini, Anugerah GrabFood 5-Star kembali lagi khusus buat mencari restoran terbaik di Malaysia. Paling best, korang boleh undi siapa yang patut menang!

    Jom, pilih yang terbaik dan raikan makanan Malaysia!

    Anugerah GrabFood 5-Star meraikan kepelbagaian kulinari

    Bagi korang yang belum tahu, Anugerah GrabFood 5-Star adalah cara GrabFood untuk memberi penghargaan buat restoran, kafe dan gerai tempat yang digemari rakyat Malaysia.

    Setiap tahun, GrabFood akan menyenarai pendekkan beberapa restoran terbaik berdasarkan rating dan undian pengguna di platform mereka.

    Tahun 2023, beberapa nama besar seperti Village Park Restaurant di Damansara berjaya dinobatkan sebagai ‘Best of the Best’ dan menjadi antara restoran paling top di Malaysia!

    Roast & Coffee pula menang kategori ‘Best Western Food’. Mereka ini bukan sahaja terkenal, malah mendapat rating 5 bintang yang super tinggi daripada pelanggan. Fuhh, Power!

    Haa..  Dengarnya tahun ini ada sehingga 148 buat restoran yang tercalon. Mana tahu salah satunya adalah restoran kegemaran korang!

    Kategori terbaru untuk 2024

    Anugerah GrabFood 5-Star tahun ini lebih istimewa apabila mereka memperkenalkan beberapa kategori baru seperti berikut:

    • Crowd’s Favourite Malaysian Food (Makanan Malaysia Kegemaran Orang Ramai)
    • Crowd’s Favourite Western Food (Makanan Barat Kegemaran Orang Ramai)
    • Crowd’s Favourite Asian Food (Makanan Asia Kegemaran Orang Ramai)
    • Crowd’s Favourite Healthy Food (Makanan Sihat Kegemaran Orang Ramai)
    • Crowd’s Favourite Dessert & Snack (Pencuci Mulut & Snek Kegemaran Orang Ramai)
    • Crowd’s Favourite Beverage (Minuman Kegemaran Orang Ramai)
    ALSO READ:  Fazura Failkan Penceraian Sehari Sebelum Ulang Tahun Kelahiran Fattah Amin?

    Hanya restoran makanan dengan rating 4.5 bintang ke atas yang layak untuk bertanding tau. Restoran ini adalah yang terbaik dinilai oleh kita semua, orang Malaysia sendiri sendiri. 

    Jadi, kalau kedai nasi lemak atau kedai kopi kegemaran korang ada rating tinggi, mereka boleh dikatakan berpeluang besar untuk menang! 

    Nak tahu cara untuk undi? Senang je! Bermula 6 Januari korang boleh mula mengundi tempat makan kegemaran korang di laman web GrabFood.

    1. Buka laman web rasmi mereka di SINI.
    2. Pilih tempat makan yang paling korang suka.
    3. Klik ‘undi’

    Psstt.. Lebih menarik lagi, tahun ini Grab juga mengetengahkan tema untuk GrabFood 5-Star – mengangkat tema batik, mereka berkolaborasi dengan artis tempatan iaitu Arif Rafhan.

    Tanda penghargaan buat restoran tempatan

    Makanan yang kita nikmati hari-hari tak akan sempurna tanpa usaha keras daripada peniaga dan chef yang hebat. Jadi, setiap undian korang adalah tanda penghargaan kepada mereka!

    Tak kira sama ada korang peminat nasi goreng, burger atau teh ais, pastikan korang undi restoran kegemaran korang okay!

    Untuk info lanjut, korang boleh kunjungi laman web mereka untuk sebarang maklumat terkini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts