“Di tengah-tengah orang ramai, boleh pula dia berak dalam seluar?!”
Tiada siapa yang dapat menjangka, di sebalik kemeriahan Anugerah Muzik Hanteo di Korea Selatan baru-baru ini bertukar menjadi mimpi ngeri.
Kalau kamu nak tahu, ketika acara tersebut sedang berlangsung, seorang tetamu yang terdiri dalam kalangan peminat telah membuang air besar di dalam seluarnya. Pengunjung tersebut dikatakan berada di kawasan berdiri, yang berdekatan dengan para penyanyi seperti ATEEZ dan AESPA.
한터차트 병크 실시간 총정리 🥵
1. 시큐 일 못해서 아이돌이 시큐 가르침
2. 갑분 김지웅 탈퇴 1인시위
3. 그거 본 제로즈 맛대맛 폭행쇼
4. 스탠딩석 잼민 오줌 골든쇼
5. 스탠딩석 빤쓰벗고 똥 스캇쇼
6. 성한빈 홈마 응원봉 싸맞고 기절함
7. 포장지 뜯긴 콘돔 쓰레기 나옴
8. 아이돌 단체 코막 pic.twitter.com/hyl5Ae3HYE— 종끼 (@ccisooni) February 18, 2024
Insiden itu dipercayai disedari selepas ada beberapa pengunjung yang berada di bahagian tersebut mencium bau busuk seperti najis. Tanpa membuang masa, mereka memanggil pengawal yang bertugas dan memberitahu ada najis di tengah-tengah kawasan itu.
No but can you imagine pooping in the middle of a huge event and causing this kind of chaos, people panicking to get away from the stench and you see your bias covering their noses 😭😭😭😭 mf won the “k-poop” category at #HanteoMusicAwards pic.twitter.com/zznezsbC7R
— TWI☾E IS FOREVER 트와이스와_원스의_소중한7년 (@lIldsunbae09) February 18, 2024
Berdasarkan beberapa sumber, pengawal tidak dapat membersihkan kawasan itu dan pengunjung terpaksa menahannya sehingga acara tamat. Di KBizomm pula, najis tersebut dikatakan bertaburan pada pakaian, kasut dan barang-barang pengunjung di sekitarnya.
Melihatkan insiden tersebut mencetuskan ketidakselesaan pada orang ramai, seorang pengunjung tampil mengeluarkan permohonan maaf di platform X. Dalam hantaran tersebut, individu tersebut memohon maaf atas perbuatannya dan meminta mereka yang terpalit dengan najisnya untuk menghubungi bagi membuat bayaran dobi.
Melihatkan insiden tersebut, ada juga yang berasa terhibur dan merasakan situasi itu adalah sebuah kemalangan yang tidak dijangka.