Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Anugerahmu’ Single Baharu Min Yasmin, Dicipta Khas Buat Anak Selepas 10 Tahun...

    ‘Anugerahmu’ Single Baharu Min Yasmin, Dicipta Khas Buat Anak Selepas 10 Tahun Menunggu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Min Yasmin mengakui kelahiran anak sulungnya, Muhammad Zulfiras pada 16 September tahun lalu telah melengkapkan kebahagiaan rumah tangganya bersama suami tercinta iaitu Julfekar.

    Penantian 10 tahun

    Menurut Min Yasmin, sempena kelahiran anak yang dinantikan selama 10 tahun itu, dia juga tampil dengan single baru berjudul ‘Anugerahmu’ ciptaan suaminya sendiri yang didedikasikan khas buat anak sulung mereka itu.

    Alhamdulillah, ZulFiras kini membesar dengan sihat dan kuat. Anugerahmu juga sangat istimewa kerana penantian kami selama 10 tahun untuk memiliki anak dimakbulkan Allah.

    Tambah Min, lagu tersebut menceritakan semua pengalamannya ketika hamil sehinggalah proses melahirkan Zulfiras. Ujar Min lagi, sepanjang tempoh mengandung anak pertamanya itu pelbagai ujian terpaksa dilalui dengan penuh ketabahan.

    Sebenarnya, saya tak sedar sudah hamil empat bulan kerana ketika itu sibuk dengan rakaman dan penggambaran video muzik di Filipina.

    Sepanjang tempoh hamil, pelbagai ujian dilalui seperti tekanan darah sentiasa tinggi dan terpaksa buat pemeriksaan dua hari sekali di klinik. Saya juga terpaksa ditahan di wad kerana masalah tekanan darah tinggi.

    Di samping itu, Min tau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz  juga berdepan kesukaran ketika mahu melahirkan anaknya itu. Ujar Min, anaknya itu adalah bayi pramatang dan sewaktu dilahirkan beratnya hanya 880 gram.

    Saya terpaksa melahirkan anak secara pembedahan kecemasan ketika bayi berusia 30 minggu kerana tekanan darah tinggi. Ini kerana ia boleh membawa implikasi kepada bayi.

    Bukan itu sahaja, anak saya terpaksa diletakkan dalam inkubator sehingga mencecah berat dua kilogram. Selama dua bulan jugalah, saya terpaksa berulang-alik ke hospital untuk melawat dan memberikan susu badan yang dipam kepadanya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelaran Che Puan Tak Halang Sarimah Ibrahim Kembali Aktif Dalam Dunia Hiburan – ‘Kita Kena Ingat Asal Usul Kita’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts