Seorang pengguna media sosial berkongsi liku kehidupan yang dilalui ibunya dalam membesarkan anak-anak.
‘Sama macam Rita’
Menerusi hantaran di TikTok, individu bernama Afif berkata, ibunya seorang yang cekal kerana mampu membesarkan dan mendidik anak-anak meskipun tanpa suami di sisi.
Malah, dia berkata, pengorbanan yang dilakukan ibunya itu sama seperti dilalui oleh pelakon terkenal, Rita Rudaini.
Apa beza Rita Rudaini dengan ibu saya? Tiada beza, dua-duanya membesarkan anak-anak tanpa suami.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian Rita yang berpesan kepada individu tersebut supaya menjaga ibunya dengan baik.
Jaga syurga (ibu) baik-baik.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut mendoakan buat keluarga individu tersebut selain memuji ketabahan ibunya.
Sekadar info, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Sejak berpisah, Rita telah membesarkan dua puteranya itu selama 15 tahun sendirian tanpa bantuan bekas suami.