Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentApa Itu Buli? Ini Adalah Penjelasan Sebenar Maksud Buli Serta Kategorinya Yang...

    Apa Itu Buli? Ini Adalah Penjelasan Sebenar Maksud Buli Serta Kategorinya Yang Korang Wajib Tahu!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kes buli kini menjadi-jadi di negara kita. Ada yang beri alasan bahawa mereka hanya sekadar bergurau dan tak pasti jika perkara itu adalah buli. Ada juga yang mengambil tindakan setelah beberapa perkara buli ini berlanjutan.

    Kalau korang nak tahu, Buli adalah perbuatan oleh seorang atau beberapa orang yang menggunakan kekuatan atau kekerasan untuk menakutkan, mengganggu, menghina atau menyakitkan orang lain melalui pelbagai kaedah, sama ada secara fizikal, mental atau emosi mengakibatkan kecederaan fizikal atau gangguan emosi kepada mangsa. 

    Jadi, apa sahaja yang melibatkan kecederaan fizikal atau gangguan emosi kepada mangsa walaupun yang buat tu tak sedar akan impaknya, ia dianggap sebagai buli!

    Jom kita dengar dengan lebih lanjut mengenai “Apa itu buli” dari video di bawah ni.

    Ha lebih jelas kan sekarang?

    Terdapat empat jenis buli yang digariskan oleh KPM 

    Kalau selama ni kita ingat buli ni ada satu jenis je iaitu buli yang menampakkan kesah dibadan ternyata ada 3 kategori lain yang kita tahu guys!

    Antara kategori buli yang digariskan ialah:

    1. Buli fizikal
    2. Buli lisan
    3. Buli bukan lisan
    4. Buli siber.

    So lepas ni, berhati-hatilah bila meninggalkan komen di media sosial ok? Jangan ikutkan hati je! Setiap kata-kata tu boleh memberikan kesan kepada si penerima.

    Kementerian Pendidikan Malaysia telahpun mengeluarkan Buku Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli

    Buku tersebut dikeluarkan sebagai panduan kepada pihak sekolah. Buku Panduan ini adalah hasil daripada kajian KPM terhadap peraturan sekolah serta mencari pendekatan baru terhadap sistem atau peraturan yang sedia ada.

    Garis Panduan yang dikeluarkan bertujuan menjadi rujukan yang komprehensif dan terkini seiring dengan perundangan berkaitan salah laku terhadap murid.

    ALSO READ:  Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Terharu Dapat Kembali Bertemu Anak Istimewanya Ketika Membeli Kuih-Muih

    Selain itu juga terdapat langkah pencegahan agar kelakuan negatif dalam kalangan murid dapat dibendung supaya tidak menjadi kelakuan jenayah. Garis Panduan yang dihasilkan melibatkan tenaga kepakaran dari KPM, PDRM serta agensi luar termasuk dari universiti tempatan.

    Portal Aduan Buli juga dilaksanakan

    Satu inisiatif baru dari Kementerian Pendidikan Malaysia ialah membuka Portal Aduan Buli yang membolehkan mangsa-mangsa buli untuk membuat aduan secara menerus. 

    Inisiatif ini memberikan peluang kepada pihak berkaitan memberikan tindakan yang sewajarnya

    Jadi jika korang adalah mangsa atau mengenali dan mengetahui tentang gejala buli yang sedang berlaku, jangan tutup sebelah mata. Laporkan melalui saluran yang sahih agar kita dapat hentikan kegiatan buli berleluasa. 

    Layari laman berikut untuk bantuan:

    1. Talian khas aduan buli
    2. E-mel: [email protected]
    3. Aduan SISPAA KPM

    Membuli bukan budaya kita. Bangsa bertamadun adalah bangsa beradab dan saling menyantuni. Hentikan Buli!

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts