Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentApa Itu Sentuhan Selamat & Kenapa Ianya Penting?

    Apa Itu Sentuhan Selamat & Kenapa Ianya Penting?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sentuhan selamat merujuk kepada istilah yang digunakan untuk mengajar anak-anak kita tentang batasan sentuhan yang sesuai dan selamat. Ia adalah satu cara untuk membantu mereka memahami perbezaan antara sentuhan yang menyenangkan dan sentuhan yang tidak menyenangkan, serta bagaimana untuk berkomunikasi mengenai perasaan mereka terhadap sentuhan tersebut.

    Pendidikan awal tentang sentuhan selamat juga merupakan asas kepada pemahaman tentang konsep izin (consent) dan batasan (boundaries). Ini penting supaya mereka lebih mudah memahami konsep yang lebih kompleks apabila mereka meningkat dewasa.

    Sebagai ibu bapa, adalah penting untuk kita mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dengan pendekatan yang memfokuskan kepada kesihatan dan keselamatan, bukannya menghukum atau mengaibkan. 

    Matlamat utama adalah untuk memperkasa anak-anak dan ibu bapa dengan maklumat yang betul dan praktikal.

    Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat

    Sentuhan Selamat adalah sentuhan yang membuatkan seseorang berasa gembira, selamat dan selesa. Contohnya, pelukan daripada ibu bapa, bantuan daripada rakan semasa terjatuh, atau bersalam dengan kawan selepas bermain sukan.

    Sebaliknya, Sentuhan Tidak Selamat adalah sentuhan yang menimbulkan perasaan tidak selamat, tidak selesa, marah, keliru, atau sedih. 

    Apa-apa jenis sentuhan yang membuatkan seseorang tidak selesa boleh dianggap sebagai sentuhan tidak selamat, dan adalah penting untuk anak-anak memberitahu ibu bapa atau orang dewasa yang mereka percayai jika berlaku sentuhan sebegini — tidak kira siapa yang melakukannya. 

    Contohnya, dipaksa bersalaman dengan orang dewasa yang tidak dikenali, ditolak oleh rakan sehingga jatuh, atau dipeluk tanpa izin. 

    Ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka merasa selamat dan selesa dalam semua keadaan, supaya mereka dapat membesar dengan sihat, baik dari segi fizikal mahupun mental.

    ALSO READ:  Datuk Red Berminat Menjadi Ahli TikTok Live - Ingin Mencari Peluang Pekerjaan, Bukan Minta Sedekah

    Korang tau tak terdapat bahagian tubuh tertentu yang lebih sensitif?

    Bahagian seperti mulut, bibir, paha, punggung, dan dada mempunyai lebih banyak reseptor saraf, menjadikannya lebih sensitif terhadap sentuhan. Bahagian-bahagian ini dianggap sebagai bahagian badan peribadi yang perlu dijaga dengan lebih berhati-hati.

    Pendedahan kepada sentuhan yang tidak selamat boleh memberi kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan fizikal dan mental kanak-kanak. Dengan pendekatan yang tepat, kanak-kanak yang diberi pendidikan mengenai sentuhan selamat akan lebih yakin, memahami batasan diri, dan dapat mempertahankan hak mereka serta rakan-rakan mereka.

    Tanpa pendidikan ini, risiko kanak-kanak menjadi mangsa gangguan seksual, amang seksual, atau jenayah seksual adalah lebih tinggi.

    Statistik menunjukkan bahawa lebih 80% kes serangan seksual dilakukan oleh seseorang yang dikenali oleh mangsa. Malah, laporan juga mendapati bahawa hampir 80% daripada kes rogol yang dilaporkan di Malaysia melibatkan kenalan dalam talian, dengan majoriti mangsa di bawah umur 18 tahun. Kanak-kanak lelaki juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa.

    Pendidikan Awal Tentang Sentuhan Selamat

    Mengajar anak-anak tentang sentuhan selamat perlu bermula dari kecil. Ini termasuk mengajar konsep privasi, seperti perbezaan antara tingkah laku dalam bilik, di rumah, dan di luar rumah, serta cara penggunaan suara mengikut konteks. 

    Dengan memahami konsep batasan, anak-anak akan lebih mudah memahami kepentingan menghormati diri sendiri dan orang lain, serta mengelakkan situasi yang boleh membawa kepada gangguan seksual atau kelakuan yang tidak sopan.

    Komuniti juga berperanan dalam mencegah gangguan seksual terhadap kanak-kanak

    Komuniti juga memainkan peranan penting dalam melindungi kanak-kanak daripada gangguan seksual. Masyarakat perlu lebih peka dan mengambil tindakan jika melihat atau mendengar sesuatu yang mencurigakan. 

    ALSO READ:  [VIDEO] Netizen Jadi Saksi Kubur Nur Farah Kartini Tak Putus Diziarahi Orang – ‘Apalah Amalan Arwah’

    Kalau korang ada sebarang keraguan, bertindaklah dengan menegur dengan cara yang hormat dan selamatkan kanak-kanak tersebut daripada situasi berbahaya.

    Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, “Doktor, ahli keluarga, atau penjaga kanak-kanak yang gagal melaporkan kes-kes yang disyaki boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya”

    Penerimaan Pendidikan Seksual di Malaysia

    Masyarakat Malaysia semakin memahami kepentingan pendidikan seksual kepada kanak-kanak, walaupun masih terdapat stigma di kalangan segelintir ahli masyarakat yang berpendapat bahawa mengajar anak-anak tentang seksualiti bermaksud kita menggalakkan mereka. 

    Namun, kajian menunjukkan bahawa dengan pendidikan seksual yang tepat, anak-anak lebih yakin menjalani kehidupan remaja dengan selamat dan lebih proaktif membuat keputusan yang lebih baik untuk masa depan mereka.

    So guys, jom lah sama-sama kita berganding bahu untuk berikan anak-anak kita persekitaran yang lebih selamat. 

    Artikel ini ditulis dengan kerjasama SPOT Community Project Malaysia, sebuah badan sukarelawan yang mendidik serta memperkasa wanita dan remaja dengan menyediakan maklumat asas kesihatan seksual dan reproduktif. 

    Objektif utama mereka adalah untuk membina generasi yang lebih berpengetahuan melalui pendekatan yang sesuai dengan umur dan sensitif terhadap budaya.

    SPOT Community Project juga aktif menjalankan roadshow mengenai sentuhan selamat di sekolah-sekolah seluruh Malaysia!

    Tahun ini, SPOT Community Project bekerjasama dengan OHBULAN dan Seismik untuk melancarkan projek Peduli Seks: Tabu Tapi Perlu Tahu, yang memberi maklumat mengenai pendidikan seksual dari pelbagai aspek. 

    Korang boleh melayari microsite kami di SINI!

     

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts