Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentApabila Cinta Terlarang, Dapatkah Khai Bahar & Sharifah Rose Temui Kemanisan Yang...

    Apabila Cinta Terlarang, Dapatkah Khai Bahar & Sharifah Rose Temui Kemanisan Yang Diimpikan?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Tidak dapat dinafikan, harta benda, wang ringgit, dan taraf hidup sering kali menjadi duri dalam hubungan antara dua insan. Begitu juga dengan kisah Khai Bahar dan Sharifah Rose, yang terpaksa berhadapan dengan ujian besar akibat jurang perbezaan dalam kehidupan mereka.

    Dapatkah mereka bersatu mengharungi ranjau hidup demi mencari makna kebahagiaan yang sebenar? Wujudkah sinar harapan untuk mereka apabila keikhlasan dan realiti yang pahit saling bertembung?

    Cinta Bukan Milik Kita

    Zeel Production mempersembahkan Cinta Bukan Milik Kita, drama 14 episod yang akan datang ke Slot Samarinda minggu ini. Mengisahkan cinta terlarang antara jejaka kampung yang rela berkorban segalanya dan wanita bandar yang ikhlas menerima seadanya, hubungan mereka terhalang oleh perbezaan status sosial yang membuat onar.

    Ia menampilkan kombinasi lakonan segar oleh Khai Bahar, Sharifah Rose, Putri Delyna, Marc Saddique dan Syahmie Thsaqeef bersama pelakon senior Kartina Aziz, Esma Daniel, serta Lydiawati dengan tema kekeluargaan dan cinta yang pasti menyentuh hati penonton di bawah arahan hebat Emi Suffian.

    Dibesarkan dengan kehidupan di kebun harum manis, Redza (Khai Bahar) rajin membantu bapanya mengusahakan kebun tersebut setiap hari selepas tamat waktu persekolahan. Namun, takdir memaksa Redza untuk meninggalkan pelajarannya setelah kehilangan bapanya dan bekerja keras menjaga kebun itu.

    Beliau berjuang mempertahankan kebun berkenaan daripada dijual oleh ibu saudaranya, Robiah (Lydiawati), walaupun hasil keuntungannya dibolot sepenuhnya oleh wanita yang mementingkan diri sendiri itu, dengan agenda tersembunyi yang penuh muslihat.

    Redza juga berkawan rapat dengan Manis (Sharifah Rose), sebuah persahabatan yang bermula apabila Redza menyelamatkan Manis daripada menjadi mangsa buli. Malangnya, nasib seakan tidak berpihak kepada Redza apabila hubungan cintanya dengan Manis pula ditentang oleh bapa tiri Manis, Sazali (Esma Daniel), disebabkan kehidupan Redza yang serba miskin, sehingga sanggup membawa Manis ke Jakarta dengan niat memisahkan mereka.

    ALSO READ:  Nak Tukar Angin Dari K-Drama? Jom Layan C-Drama Pula, Wajib Tengok Fox Spirit Matchmaker!

    Namun, mereka berdua tetap berpegang pada janji untuk bertemu kembali di bawah pokok harum manis yang mereka tanam bersama, sebagai bukti bahawa kasih sayang mereka tidak pernah pudar—walau jauh di mata, tetapi sentiasa dekat di hati.

    Keadaan bertambah rumit apabila pelbagai peristiwa berlaku sepanjang perpisahan mereka, mencetuskan konflik yang meresahkan. Apakah lagi ujian yang bakal menggugat hubungan cinta Redza dan Manis ini? Dapatkah dua hati ini bersatu semula di bawah pokok harum manis yang menjadi saksi janji cinta mereka?

    Menurut Khai Bahar, dia sangat teruja berlakon drama Cinta Bukan Milik Kita.

    Saya sangat teruja untuk Cinta Bukan Milik Kita, terutamanya setelah lama menyepi dari dunia lakonan. Pada mulanya, saya memang agak gementar untuk kembali ke set penggambaran, tetapi sokongan daripada rakan-rakan sekerja dan kru produksi membantu saya menyesuaikan diri dan membawa watak Redza dengan lebih berkesan.

    Selain jalan cerita yang menarik, drama ini juga sangat dekat di hati saya sebagai anak Perlis, kerana penggambaran dilakukan di sana. Saya harap drama ini mendapat sambutan dalam kalangan penonton, terutamanya dengan tema kekeluargaan yang diketengahkan, kerana saya yakin ramai yang akan terinspirasi dan mampu mengaitkan kisah ini dengan realiti kehidupan.

    Nantikan Cinta Bukan Milik Kita di Slot Samarinda TV3 mulai 19 Disember ini,  setiap Isnin hingga Khamis, tepat jam 10.00 malam! Anda juga boleh strim 24 jam lebih awal melalui Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play atau App Store.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    ALSO READ:  Atikah Suhaime Menyeronokkan Memasak Sahur Untuk 10 Orang, Netizen Memuji Meriah Lauk Seperti Berbuka

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts