Beberapa tahun yang lalu dalam sebuah temu bual, Shah Rukh Khan (SRK) dengan bangganya bercerita mengenai kehidupan cintanya dan perkahwinan dengan isterinya, Gauri Khan.
Superstar Bollywood itu turut mendedahkan dia telah melamar isterinya beberapa kali sebelum Gauri bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dengannya.
Kongsi SRK, Gauri yang seorang ‘keras hati’ itu berkemungkinan bersetuju kerana kasihan selepas mengetahui ibunya meninggal dunia.
Bagaimanapun, SRK turut mendedahkan selain ibu bapa Gauri, penerbit filemnya turut menentang perkahwinan mereka. Penerbit tersebut memberi amaran dan menegaskan tak mahu dia berkahwin dan kekal bujang pada awal kariernya.
“Penerbit saya memberi amaran supaya saya tidak berkahwin. Dia mengatakan pelakon bujang mempunyai lebih peminat. Tetapi saya memberitahunya betapa susah saya mendapatkan Gauri, jadi saya kena berkahwin dengannya.”
Mendengarkan jawapan SRK, penerbitnya menyedari bahawa superstar itu tidak boleh hidup tanpa isterinya, “Mereka tidak pernah bergaduh. Apabila Gauri menjerit, dia mendengar. SRK benar-benar jatuh cinta dengan isterinya.”