Pernah beberapa tahun yang lalu, Salman Khan mengejutkan orang ramai dengan insiden dikejarkan ke hospital selepas berada di rumah ladang Panvel miliknya. Ketika itu Salman didakwa sedang bersedia untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-56.
Memetik kenyataan daripada beberapa sumber, Salman dikejarkan ke hospital gara-gara dipatuk seekor ular sebanyak tiga kali ketika berada di rumah ladang. Salman memberikan butiran lengkap mengenai kejadian itu menerusi agensinya.
“Seekor ular telah memasuki rumah ladang saya. Saya membawanya keluar menggunakan sebatang kayu, tetapi secara beransur-ansur ia mencapai tangan saya.”
Kongsinya, dalam proses mengeluarkan ular tersebut daripada rumahnya, Salman telah dipatuk oleh ular tersebut. Dakwanya, ular itu adalah spesis yang tidak berbisa dan dia dikejarkan ke hospital selepas itu.
“Saya kemudian meraihnya untuk melepaskan daripada tangan, tetapi ia telah mematuk saya sebanyak tiga kali. Ia adalah sejenis ular tidak berbisa. Akibatnya, saya dimasukkan ke hospital selama 6 jam… Saya sihat sekarang.”
View this post on Instagram
Sekadar info, rumah ladang Salman terletak di kawasan hutan. Menurut satu sumber, insiden itu berlaku ketika Salman sedang duduk dan berbual dengan rakan-rakannya.