Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, February 2, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentApabila Shah Rukh Khan Tipu Gauri Khan Semasa Bulan Madu- “Semuanya Tipu,...

    Apabila Shah Rukh Khan Tipu Gauri Khan Semasa Bulan Madu- “Semuanya Tipu, Tetapi…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Adakah kamu tahu bahawa Shah Rukh Khan (SRK) pernah menipu isterinya, Gauri Khan semasa mereka berbulan madu?

    Beberapa tahun yang lalu di sebuah acara, SRK telah mengaku dia menipu Gauri, berjanji untuk membawanya ke Paris tetapi sebaliknya membawa ke Darjeeling.

    “Ini adalah gambar kegemaran saya. Apabila kami berkahwin, saya sangat miskin orangnya, manakala Gauri pula kelas tengah. Jadi seperti semua pasangan, saya telah berjanji untuk bawanya ke Paris dan tunjukkan Eiffel Tower.”

    Foto – Facebook

    Disebabkan kekurangan wang di awal kerjayanya, SRK perlu ke Darjeeling untuk beberapa sesi penggambaran. Dan ketika itulah dia memutuskan untuk membawa Gauri bersamanya dan memberitahu mereka akan berbulan madu di Paris.

    “Jelas itu adalah pembohongan kerana saya tidak mempunyai wang mahupun tiket penerbangan. Tetapi entah bagaimana saya menyakinkan dia dan akhirnya kami ke Darjeeling selepas 20 hari berkahwin untuk penggambaran lagu ‘Raju Ban Gaya Gentlemen.”

    Foto – Mission Dreams

    Kongsinya lagi, penipuan itu dilakukan kerana dia merasakan Gauri tidak pernah melancong ke luar negara dan isterinya itu mungkin tidak mengetahui banyak perkara tentang dunia luar.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts