Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentApakah Hukum ‘Childfree’? Ini Jawapan Ustazah Asma’ Harun

    Apakah Hukum ‘Childfree’? Ini Jawapan Ustazah Asma’ Harun

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sejak kebelakangan ini, topik mengenai ‘childfree’ iaitu pasangan suami isteri yang mengambil keputusan untuk tidak mahu mempunyai anak kerana ingin bebas daripada tanggungjawab menjadi perbincangan hangat di media sosial.

    Penjelasan Ustazah Asma’ Harun ‘childrfree’

    Malah tak dinafikan, ianya seakan sudah menjadi trend dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya pasangan muda.

    Susulan daripada itu, Ustazah Asma’ Harun mengatakan bahawa gaya hidup tersebut berasal dari negara barat dan ianya tidak menepati dengan kehidupan seorang Muslim.

    Dalam Islam kita dituntut untuk mempunyai anak dan mengembangkan zuriat keturunan agar dapat meramaikan dan melahirkan keturunan yang soleh solehah, taat kepada Islam dan menjaga kebanggaan Rasulullah SAW berdasarkan firmah Allah dalam surah An Nahl ayat 72 yang bermaksud:

    Dan Allah SWT menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri) dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu; anak-anak dan cucu-cicit serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala) dan mereka kufur pula akan nikmat.

    Secara kesimpulannya, setiap individu perlu memahami hukum hakam dalam Islam sebelum melakukan atau membuat sebarang keputusan.

    Berbalik kepada isu pasangan yang memilih gaya hidup ‘childfree’ tanpa memahami hukum hakam dalam Islam dan merasakan ia adalah pilihan terbaik hasil daripada pemahaman barat, maka perbuatan dan pemahaman tersebut jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan tidak sewajarnya orang Islam mempromosikannya.

    Perkongsian Ustazah Asma’ Harun

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts