Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAPFF61 Di Malaysia Bakal Disertai Artis Ternama Antarabangsa

    APFF61 Di Malaysia Bakal Disertai Artis Ternama Antarabangsa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Festival Filem Asia Pasifik (APFF) merupakan salah satu festival filem tertua dan berprestij di rantau ini, diasaskan pada tahun 1953. Diadakan secara tahunan oleh Federation of Motion Picture Producers in Asia Pacific (FPA), festival ini telah dihoskan di pelbagai lokasi di 25 negara dan wilayah. APFF berfungsi sebagai platform penting untuk mempamerkan bakat dan kreativiti sinematik dari Asia-Pasifik, menghimpunkan pembuat filem, artis, dan peminat bagi meraikan kecemerlangan dalam pawagam serta mempromosikan pertukaran budaya.

    APFF61 akan berlangsung selama tiga hari dari 29 November hingga 1 Disember 2024, di Wyndham Ion Majestic Hotel Tanah Tinggi Genting, dengan penganjuran oleh Persatuan Penerbit Filem Malaysia, Lomo Pictures Sdn Bhd, Kumpulan NCT, dan Festival Seni Antarabangsa Asia Pasifik. Festival ini menawarkan pelbagai acara menarik seperti bual bicara panel, tayangan filem, dan ruang untuk networking antara penggiat industri.

    Menurut Aron Koh, Penerbit Eksekutif LOMO Pictures dan penganjur acara, festival ini akan diserikan dengan persembahan dari artis terkenal Hong Kong dan pelakon-pelakon popular dari Korea, Jepun, dan negara-negara lain. Kehadiran nama-nama besar ini pastinya akan menarik perhatian peminat dan meningkatkan profil festival yang berprestij ini.

    “APFF  menghimpunkan bakat-bakat cemerlang dari industri filem Asia-Pasifik. Kami menekankan bahawa pihak penganjur masih dalam proses meneliti dan memilih barisan artis yang akan menyertai festival tersebut dan akan di maklumkan pada penghujung Oktober ini”- kata Aron Koh, Penerbit Eksekutif LOMO Pictures.

    Aron Koh, Penerbit Eksekutif LOMO Pictures.

    Selain persembahan artis, APFF juga akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti tayangan filem, sesi bual bicara, dan peluang untuk networking di kalangan penggiat industri. Festival ini bukan sahaja merayakan kecemerlangan seni perfileman tetapi juga bertujuan untuk memupuk pertukaran budaya antara negara-negara Asia Pasifik. Dengan kehadiran artis ternama, APFF akan menjadi platform untuk memperkenalkan sinema tempatan kepada audiens yang lebih luas dan pelbagai.

    Dato Kamil Othman (tengah) Chairman of Finas, Mr. Pansha Secretary General Federation of the Motion Picture Producers in the Asia Pacific. Mr. Aron Koh ( kiri sekali) Organizing Chairman 61st Asia-Pacific Film Festival.

    Program-program yang dirancang bertujuan untuk memberikan pandangan berharga tentang industri filem dan menyediakan platform untuk berinteraksi dengan pakar, pengarah, penerbit, dan pelakon dari seluruh Rantau Asia Pasifik. Selain itu, festival ini juga ingin memupuk pertukaran budaya dan menggalakkan kerjasama dalam komuniti filem di Asia-Pasifik.

    Tahun ini, filem seram Malaysia “Indera” yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Azira Shafinaz, dan Samara Kenzo dipilih sebagai filem pembukaan APFF61. Majlis Anugerah APFF61 akan menghormati pencapaian cemerlang dalam perfileman dengan mengiktiraf filem dan persembahan luar biasa di rantau ini. Peminat filem, pembikin filem bercita-cita tinggi, dan wakil media dijemput untuk menyertai acara penting ini.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts