Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentApich Lo Berani Sahut Cabaran Tayang Badan Dalam Filem Pontianak 200KG –...

    Apich Lo Berani Sahut Cabaran Tayang Badan Dalam Filem Pontianak 200KG – ‘Mental & Fizikal Dah Bersedia’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru setahun dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG.

    Pengalaman pertama berlakon filem

    Menerusi temu bual bersama , pemilik nama Ahmad Fadzlullah Narudin ini berkongsi pengalaman pertamanya dalam dunia perfileman. Menurut Apich, dia berasa sangat teruja dan gementar kerana diberi peluang oleh TV3, Alternate, dan MIG untuk meneroka bakatnya di layar perak.

    Ini pengalaman pertama saya. Perasaan gementar itu sudah semestinya ada terutama apabila diberi kepercayaan berlakon dalam filem seperti ini. Saya rasa ‘cringe‘ tengok lakonan saya. Kalau lihat babak saya dalam filem ini, saya sendiri rasa tak puas hati dan rasa boleh perbaiki lagi di masa akan datang.

    Apich yang memegang watak sebagai Lee Min Ho, turut berkongsi cabaran yang perlu dilakukan olehnya dalam filem ini. Ujar Apich, ada adegan yang memerlukannya untuk membuka baju dan menayang badan.

    Babak bukan baju dan mandi itu pasti akan menarik perhatian ramai. Semasa dapat skrip, saya tidak tahu babak itu perlu membuka baju. Apabila pengarah suruh buka, saya anggap itu sebagai cabaran demi tuntutan kerja sebagai anak seni.

    Bagi saya, ini bukan tentang tayang badan, sebaliknya komitmen terhadap kerja. Saya sudah bersedia secara mental dan fizikal sekiranya mendapat apa jua komen daripada penonton filem ini.

    Apich yang ditemui pada Malam Gala Filem Pontianak 200KG semalam, turut mendedahkan bahawa dia telah mengambil kelas lakonan bersama Datuk Fauziah Nawi sebagai persediaan untuk memantapkan kemahirannya.

    Disoal mengenai faktor usia dan keberadaan di dalam industri seni, Apich mengakui dia bermula agak lambat berbanding pelakon muda yang lain.

    Usia saya kini sudah melebihi 30 tahun dan iya, saya bermula agak sedikit lewat berbanding pelakon lain. Namun, usia bukanlah penghalang bagi saya untuk menjadi pelakon. Jika kita minat, kita perlu berusaha sebaik mungkin.

    Saya pernah bekerja sebagai pembantu perubatan, tetapi sekarang saya berhenti kerana bidang seni adalah minat dan jiwa saya.

    Ditanya pula mengenai sokongan daripada ahli keluarga, pelakon drama ‘Mentua’ ini berkata, dia sentiasa mendapat nasihat daripada ibu tercinta.

    Pada mulanya, keluarga saya memang risau apabila saya meninggalkan kerjaya asal. Ibu saya memberi nasihat dan bertanya sama ada saya yakin dengan keputusan ini, terutama pada usia saya yang agak lewat untuk memasuki industri seni.

    Saya kata saya akan mencuba kerana ini adalah minat saya. Dengan usaha, pasti ada rezeki.

    Di akhir temu bual, Apich memberitahu dia tidak takut untuk bersaing dengan pelakon muda.

    Saya tidak pernah memikirkan tentang persaingan. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Dalam filem ini, idola saya adalah Wans Ahmad dan Niezam Zaidi. Selain mereka, saya turut mengidolakan Datuk Rosyam Nor dan Shaheizy Sam.

    ALSO READ:  [VIDEO] Che Ta Dedah Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-7?-“Asal Raya Je Mengandung…”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts