Pelakon meningkat naik iaitu Arabella Ellen kurang bersetuju dengan pandangan segelintir individu yang menganggap para pelakon dipilih berdasarkan rupa semata-mata.
Dapat tawaran kerana uji bakat
Ketika ditemui , Arabella atau nama lengkapnya Arabella Ellen binti John Robert Nelson berpendapat bahawa bakat yang ada pada seseorang pelakon itu adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum dipilih untuk menjayakan sesuatu naskhah.
Saya rasa ia bergantung kepada bakat juga sebenarnya. Kalau orang tu bagus, dia akan bagus sebab semua pelakon akan melalui sesi uji bakat.
Macam saya sendiri pun untuk watak Iris (Dari Mata Turun Ke Hati) saya pergi uji bakat dan ramai sebenarnya pelakon lama dan baru yang pergi juga.
Bila tahu saya terpilih, saya agak bangga sebab saya dah buat yang terbaik.
Bercerita mengenai drama Dari Mata Turun Ke Hati, pelakon berusia 19 tahun ini akui bukan mudah untuk dia membawa watak sebagai seorang wanita separa buta malah sanggup memotong rambutnya bagi memenuhi pembentukan karakter yang dipegang dalam drama tersebut.
Untuk projek ini, saya potong rambut saya untuk watak Iris. Saya tidak kesah untuk memotong rambut saya untuk apa-apa projek. Bagi saya ini adalah kerja. Saya juga dah lama tak potong rambut pendek, kali terakhir sewaktu saya kecil.
Bila saya bagitahu mak saya, mak saya risau sikit sebab taktahu rupa saya macam mana dengan rambut pendek. sebab saya dah lama tak potong rambut pendek.
Arabella berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Dari Mata Turun Ke Hati dan Kelas Tahanan Cikgu Haragi, baru-baru ini.