Anggota kumpulan Padie, Aretoy berjaya mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan imej botak semasa melakukan persembahan kedua di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), semalam.
Tiga tahun simpan rambut
Menerusi temu bual bersama , Aretoy berkata, dia sudah bernazar untuk memotong rambut panjangnya itu sekiranya kumpulan mereka layak ke peringkat akhir. Oleh sebab itu, Aretoy terus memotong rambutnya secara spontan selepas selesai melakukan persembahan yang pertama.
Ujar Aretoy lagi, rambut panjang itu sudah disimpan sejak tiga tahun yang lalu.
Saya potong rambut selepas habis persembahan pertama, memang on the spot. Sebenarnya saya ada simpan niat, saya bernazar. Kalau dapat pergi peringkat akhir memang nak gunting rambut cuma bila terfikir nak gunting tu apa salahnya botakkan terus.
Saya panggil kawan saya datang, dia memang tukang gunting rambut.
Menurut Fad pula, selaku salah seorang anggota kumpulan Padie juga, dia berasa terharu dengan niat baik yang dilakukan oleh Aretoy.
Dia bergegas naik ke atas, buka baju selepas itu terus potong dan pakai busana karakter Amy Search. Kami tahu tentang perkara itu tetapi kami tak tengok lagi masa dia potong rambut. Memang tadi tukang gunting rambut potong dengan kemas dan pantas. Kami pun tidak mahu Aretoy berada dalam keadaan tertekan untuk kejar persembahan seterusnya.
Jadi jadi kami suruh Aretoy naik dulu. Kami pesan apa-apa pun sebelum sarungkan baju karakter, selesaikan dahulu rambut dia sebab benda ini kita dah locked. Pengorbanan membawa keberkatan. Alhamdulillah ada rezeki dalam tu.
Sekadar info, Padie yang dianggotai oleh Fad, Aretoy dan Namie dinobatkan sebagai naib juara Muzikal Lawak Superstar 4 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM75,000 berserta trofi.