Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Yusrina meraih perhatian wargamaya apabila dia berkongsikan pengalaman seorang wanita yang menerima gambar kemaluan daripada seorang selebriti Budak Baru Nak Up (BBNU) melalui Telegram.
Siap minta review saiz
@yusrinashan This issue is serious ya but the girl who DMed me this story is so funny ? like the way dia maki laki tu mmg A+ #fyp? #fyp #storytime #grwm #gossip #makeup #hijab #skincareroutine ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Yusrina memaklumkan bahawa pengalaman tersebut dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Safi melalui hantaran mesej (DM).
Cerita ini dikongsikan oleh seorang wanita yang kita akan gelarkan dia sebagai Safi.
Safi ada muat turun satu aplikasi ‘dating’ dan melalui aplikasi tersebut dia kenal dengan seorang lelaki yang pada ketika itu merupakan peserta bagi sebuah program realiti.
Jadi diorang pun bertukar hantaran mesej tapi yang kelakarnya lelaki selalu hebohkan diri dia sekarang ini merupakan peserta bagi program tersebut walhal, Safi tak tengok pun program itu.
Sampaikan dia tanya pada Safi, ‘Awak tak takut ke bertukar mesej dengan saya. Saya ini peserta bagi sebuah program realiti tau. Tak takut kena kecam kalau orang dapat tahu?’.
Selepas beberapa kali bertukar hantaran mesej, artis BBNU berkenaan meminta Safi untuk menukar platfrom komunikasi mereka kepada Telegram kerana risau reputasinya akan tercalar.
Namun, apa yang memeranjatkan ialah artis tersebut didakwa dengan beraninya menghantar gambar kemaluannya kepada Safi.
Bila dah ada ‘contact’ masing-masing di Telegram dan bertukar mesej, ‘selfie’ dan sebagainya, tiba-tiba satu hari ini dia hantar gambar kemaluan dia kepada Safi.
Dia siap minta Safi ini ‘review’ saiz, diameter dan bentuk kemaluan dia.
Yusrina memaklumkan artis tersebut kemudiannya memohon maaf kepada Safi dan memintanya untuk tidak memaklumkan kejadian itu kepada sesiapa kerana dirinya bakal menjadi seorang artis.
Sudah tentu Safi marah dan maklumkan bahawa dia tak selesa artis tersebut hantar gambar sebegitu kepadanya.
Sudahnya, Safi terus hentikan komunikasi dengan cara menyekat nombor telefon artis berkenaan.
Buat hal selepas tiga bulan ‘lost contact’
Selepas hampir tiga bulan tidak berhubung, Yusrina memaklumkan Safi menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenalinya.
Bila nombor itu telefon jadi Safi pun angkatlah sebab dia ingatkan ada orang memang nak hubungi dia.
Rupa-rupanya yang telefon itu adalah artis tersebut. Dia kemudiannya minta maaf sebab tak cari Safi langsung lepas kena ‘block’ sebab sibuk dengan ‘shooting’ dan sebagainya.
Selepas itu, dia hantar pula mesej cakap yang dia rindukan Safi dan sebagainya.
Yang tak tahannya, dia siap buka aib bagitahu Safi yang dia pernah tidur dengan salah seorang kru penggambaran dan cakap yang dia tak sabar nak buat perkara yang sama bersama Safi.
Berang dengan artis tersebut yang masih tidak berubah, Safi mengugut untuk menularkan kejadian tersebut di media sosial sekiranya dia terus-menerus mengganggunya.
Artis tersebut kemudiannya tidak lagi mengganggu Safi selepas menerima ugutan tersebut.
Perkongsian Yusrina itu mendapat pelbagai respon dari wargamaya yang rata-ratanya tertanya-tanya siapakah gerangan artis BBNU yang bersikap sedemikian kepada Safi.