Baharu sahaja selesai menganjurkan acara Queendom Fest, sebuah festival muzik ‘all-female’ yang pertama seumpanya di Malaysia berlangsung di Lalaport.
Hasil Nukilan Sendiri
Penyanyi rap-penulis lagu berbakat besar, Zamaera, sempat menghasilkan single terbaharunya, ‘BIG FISH’ hasil nukilan Zamaera sendiri bersama penerbit muzik dan DJ asal Kuala Lumpur, Daaliah.
Zamaera turut berkongsi cerita pengalaman bekerja dengan pengarah kreatif video muziknya, katanya, MV BIG FISH diarahkan oleh sutradara Hafreez Amminuddin dari House of Karyawan.
IKLAN
Mereka bertiga (termasuk Daaliah) berhempas pulas memerah idea sehingga tidak tidur malam, kerana segalanya dilakukan sendiri dan mahukan yang terbaik untuk peminat.
Pelancaran Pada 24 Februari
Pelancaran muzik video premiere party ‘Big Fish’ rasmi yang disampaikan oleh VSC akan berlangsung pada 24 Februari di lokasi rahsia dan menampilkan 6 artis tempatan.
Acara ini adalah melalui jemputan sahaja namun peminat boleh berpeluang memenangi tiket melalui pengumuman khas di media sosial Zamaera dan Daaliah.
Bakal Menjelajah Dunia
Di tanya apa yang boleh jangkakan dari Zamaera dalam tahun 2024, jawabya dengan teruja bahawa dia bakal bekerjasama dengan sebuah label bertaraf antarabangsa, menghasilkan sebuah album penuh, siri jelajah dunia dan juga Queendom Fest 2.0!
Lagu ‘BIG FISH’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music, manakala MV boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Zamaera.
‘BIG FISH’ kini tersedia untuk penstriman di semua platform penstriman digital seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music, YouTube Music dan lain-lain dan tersedia untuk dimuat turun di iTunes.