Anak kepada arwah Sabari Baharom iaitu Izzati Sabari berkata, ayahnya mempunyai hasrat untuk menunaikan haji kerana duit simpanan sudah cukup.
Tunggu pangilan daripada Tabung Haji
Memetik laporan Harian Metro, Izzati memberitahu arwah ayahnya sudah mempunyai wang simpanan yang cukup dan hanya menunggu panggilan daripada pihak Tabung Haji.
Namun saya tak sangka suspek tergamak menyamun wang simpanan ayah itu semata-mata untuk berjudi sedangkan dia bersusah payah menyimpannya untuk pergi menunaikan haji.
Tambah Izzati, tindakan suspek terhadap arwah bapanya itu sangat kejam dan keterlaluan. Ini kerana, arwah sudah berusia dan sangat baik.
Arwah sangat baik dengan sesiapa saja yang dikenalinya malah dia hanya buat hal dia sendiri walaupun selepas dia bersara sebagai pegawai kewangan Felcra. Suspek seperti manusia tidak bermoral sehingga sanggup membunuh ayah yang tidak bersalah semata-mata untuk untuk menutup perbuatan jenayah yang dilakukannya itu.
Ayah bersusah payah bekerja mengumpul wang untuk menunaikan haji tetapi saya tak tahu jumlah sebenar namun suspek sanggup menggunakan wang itu untuk tujuan lain.
Serah siasatan penuh kepada polis
Berbicara lebih lanjut, Izzati menyerahkan siasatan penuh kepada polis untuk menyelesaikan kes itu dan berharap suspek dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
Biarpun jasad ayah belum ditemui namun saya reda dan akan terus berdoa supaya jasad ayahnya itu dapat ditemui segera. Kami sentiasa berdoa selain menunaikan solat hajat dan bacaan Yasin semoga jasad ayah ditemui.