Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentArwah Mak Menerima Saya dengan Ikhlas Walaupun Status Pernah Berkahwin dan Memiliki...

    Arwah Mak Menerima Saya dengan Ikhlas Walaupun Status Pernah Berkahwin dan Memiliki Anak – Shila Amzah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    shila ibu mentuashila ibu mentua

    Penyanyi, Shila Amzah menyifatkan arwah ibu mentuanya, Rohani Jamal sebagai seorang wanita yang penyayang.

    Pendapat Shila

    shila ibu mentuashila ibu mentua

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila atau nama sebenarnya Nur Shila Amir Amzah menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya tentang suami yang bergelar ‘anak mak’.

    Shila kemudian membalas persoalan tersebut dengan mendedahkan sikap arwah ibu mentuanya yang sentiasa mendahulukan kebahagiaan anak-anak.

    Ubai pun sayang sangat arwah mak tapi dia bukan mommy’s boy. Ada beza la.

    Tak salah sayang mak kita baguslah, tapi macam arwah mak dulu memang jenis siapa pun anak dia kahwin, arwah memang tak bagi duduk dengan dia.

    Dia memang bagi anak-anak dia pilih apa dia orang nak dalam hidup, asalkan dia orang gembira.

    Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun tersebut mengagumi ketulusan hati ibu mentuanya yang sudi menerima dirinya sebagai menantu.

    Samalah masa Ubai mula-mula cakap dengan arwah mak dia nak kahwin dengan saya. Arwah mak dulu terima saya dengan ikhlas walaupun status saya dah pernah berkahwin dan ada anak seorang.

    Pelantun lagu Memori Tercipta ini juga berpendapat bahawa didikan ibu bapa merupakan salah satu faktor kepada pembentukan keperibadian seseorang.

    Pendek kata, terpulang macam mana mak bapa didik dia. Kalau memang tahu tanggungjawab, susur galur yang sepatutnya insyaAllah okay.

    Sekadar info, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga mereka alam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu.

    Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

    ALSO READ:  [VIDEO] Usahawan Dedah Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Cecah RM60k Hingga RM80k – ‘Kalau Nak Jual, Kita Tak Mampu Nak Beli’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts