Pasangan usahawan, Asyraf Khalid dan Tya Arifin mengumumkan jantina anak ketiga yang bakal dilahirkan tidak lama lagi adalah perempuan.
Anak perempuan
Menerusi perkongsian di Instagram, Asyraf dan Tya bersama dua cahaya mata mereka melakukan konten menceduk sebiji kek sebagai simbolik mendedahkan jantina bayi.
Dalam rakaman itu, isi kek berkenaan berwarna merah jambu menandakan bayi yang bakal lahir adalah perempuan.
Dapat dilihat, pasangan tersebut bersama anak-anak mereka tersenyum kegembiraan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya turut menumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah.
Sekadar info, Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.