Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentASICS SportStyle Bawa Kembali SKYHAND OG Sneaker Buat Pertama Kali Sejak 1994!

    ASICS SportStyle Bawa Kembali SKYHAND OG Sneaker Buat Pertama Kali Sejak 1994!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jenama terkenal, ASICS SportStyle Malaysia kini membawakan kembali SKYHAND OG sneaker, untuk kali pertama sejak tahun 1994. Pelancaran sneaker OG SKYHAND ini akan berlangsung di The Gasket Alley, Petaling Jaya, yang turut menampilkan pop-up berinformasi mengenai SKYHAND™ OG.

    Pelancaran sneaker yang baru dilancarkan adalah berdasarkan DNA reka bentuk asal kasut bola baling SKYHAND™, tetapi dikemas kini untuk gaya hidup seharian, menampilkan bahan moden dan sifat kusyen.

    Kasut ini mengekalkan estetik tradisionalnya yang slim dan berprofil rendah. Untuk versi rekaan semula ini, pasukan reka bentuk ASICS mengemas kini perkakas dengan kusyen FLYTEFOAM™ PROPEL dan heel wedge EVA. Aplikasi ini membantu memberikan pengalaman keselesaan moden sambil mengekalkan DNA reka bentuk minimalis kasut.

    SKYHAND™ OG ini akan dilancarkan dalam dua material iterasi yang berbeza untuk musim pertama mereka dalam barisan ASICS SportStyle. Yang pertama akan menampilkan upper construction yang hampir reka bentuk asal dari tahun 1994, menampilkan panel kulit sintetik yang diimbangi dengan butiran suede pada eyestay. Iterasi lain terdiri daripada butiran suede terutamanya digandingkan dengan kulit sintetik ASICS Stripes dan tab tumit.

    Sneaker ASICS SKYHAND™ OG kini boleh didapati secara dalam talian di ASICS SportStyle Malaysia dan di kedai-kedai, pada harga RM449.

    Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri SKYHAND™ OG serba baharu di ASICS Malaysia di The Gasket Alley, Petaling Jaya. Sertai kami dari 26 – 28 Julai 2024, dari 12PM – 10PM , di mana aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!
    Untuk maklumat lanjut, layari .

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts