Suami kepada pempengaruh Marissa Dania iaitu Aslam mengesahkan berita kematian anak sulung mereka.
Artikel berkaitan: Anak Marissa Dania & Aslam Meninggal Dunia, Dilahirkan Dalam Keadaan Pra Matang
Artikel berkaitan: [VIDEO] Marissa Dania & Aslam Kunci Mulut, Enggan Ulas Dakwaan Hamil Anak Sulung
Doakan yang baik-baik
Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram sebentar tadi, Aslam tampil menjelaskan tentang perkara tersebut.
Assalamualaikum, atas apa dikeluarkan pada hari ini, tentang berita kematian atau musibah yang melanda keluarga saya, ianya adalah betul.
Untuk makluman semua, pada hari kejadian saya sudah pun memaklumkan kepada bapa mentua saya atas apa yang berlaku dan kami menyelesaikan dengan sebaiknya semua urusan.
Dalam pada itu, Aslam menjelaskan bahawa isteri pertamanya iaitu Umisya Mazlan sudah pun mengetahui mengenai kehamilan Marissa.
Buat pengetahuan semua, Umisya juga sudah tahu tentang berita kehamilan Marissa dari awal.
Justeru, menantu kepada aktres Abby Abadi itu meminta orang ramai untuk tidak mencetuskan spekulasi berhubung berita tersebut.
Saya mohon semua mendoakan yang baik-baik buat kami dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengeluarkan hukum dengan sewenangnya.
Sementara itu, Aslam juga berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pengurusan pengebumian cahaya matanya.
Terima kash pada ibu bapa, bapa mentua, Umisya dan qariah surau yang terlibat dalam urusan mandi, solat dan pengebumian anak syurga saya pada hari tersebut.
Yang buruk tetaplah hadir dari diri saya sendiri, yang baik dari Allah SWT, Allah tetap sebaik-baik perancang.
Saya terima semua sebagai ujian dan hikmah buat saya.
Terdahulu, media melaporkan bayi sulung mereka meninggal dunia ketika dilahirkan. Difahamkan, Marissa sedang hamil enam bulan dan dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.