Pempengaruh media sosial Umisya Mazlan mempunyai sebab mengapa dia dan suami, Ahmad Aslam membuat siaran langsung di TikTok sedangkan madunya, Marissa Dania sedang berpantang.
‘Ada sebab’
Kata Umisya, dia perlu membuat siaran langsung pada malam Selasa kerana sudah menetapkan tarikh untuk mengeluarkan produknya.
Saya nak cakap, kita orang buat live malam ini untuk beg kuning release, kerana hari ini adalah tarikh yang memang kena lancarkan produk.
Jadi bukanlah untuk ambil kesempatan atau apa. Untuk live malam ini, saya kena ikut tarikh yang nak release produk. Kebetulan ada perkara-perkara yang terjadi.
Kalian (netizen) janganlah drag apa-apa perkara yang di luar live ini tau.
Pada Sabtu lalu, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan, namun bayi pra matang dilahirkan itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
Perkara itu turut disahkan oleh suami Marissa iaitu Ahmad Aslam dan memohon orang ramai mendoakan keadaan isterinya ketika ini.