Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Assalamualaikum Abah…”- Dr. Noor Hisham Kongsi Gambar Anak Lelaki, Ramai Pula Wanita...

    “Assalamualaikum Abah…”- Dr. Noor Hisham Kongsi Gambar Anak Lelaki, Ramai Pula Wanita Cuba Nasib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ini barulah ‘handsome with brain’!

    Siapa sangka dengan memuat naik gambar, anak lelaki bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham berjaya mencuri perhatian ramai pengguna media sosial terutamanya wanita.

    Melihatkan ketampanan anak lelaki Dr. Noor Hisham, ramai wanita yang meninggalkan komen gurauan dan ada juga yang berani menawarkan diri untuk menjadi menantunya.

    Ketampanan tiga anak lelaki jadi ‘rebutan’ wanita

    Di platform X, Dr. Noor Hisham memuat naik gambar tiga anak lelakinya iaitu Khalis, Khazin dan Khair yang sedang meluangkan masa bersama di Hyde Park, London.

    Foto – X

    “Berjalan pagi di Hyde Park bersama tiga anak lelaki saya ketika mengharungi suhu beku di London. Britain bersiap sedia selama seminggu pada suhu 0 darjah Celcius. Namun begitu, ia adalah saat yang berharga dan tidak dapat dilupakan bersana anak-anak lelaki saya yang sudah dewasa; Khalis, Khazin dan Khair.”

    Di hantaran lain, beliau turut memuat naik foto tiga anak lelakinya ketika kecil dan dewasa, dengan kapsyen mengenai betapa pentingnya jalinan kekeluargaan, terutamanya bila anak semakin meningkat dewasa.

    Foto – X

    Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang memuji rupa paras anak lelakinya, dikatakan mewarisi daripada bapanya. Bukan itu sahaja, ada juga beberapa komen berbaur gurauan daripada pengguna platform X.

    Foto – X

    Malah ada juga yang mencuba nasib untuk menjadi menantu kepada Dr. Noor Hisham.

    “Alhamdulillah ayahanda kebetulan pagi tadi saya briskwalk 25 kilometer.”

    “Assalamualaikum abah. Saya pandai masak Kari low sodium low cholesterol.”

    “Assalamualaikum, saya boleh berenang lautan api dan panjat Everest tak pakai tank oxygen. Harap boleh pertimbangkan untuk jadi menantu.”

    “Saya selalu sakit. Jadi memang kena sentiasa didampingi family macam ni.”

    “Bismillah doktor, saya pandai buat ledger account, pastu saya pandai gulung tapak kuda.”

    Sekadar info, Tan Sri Dr. Noor Hisham dan isterinya, Puan Sri Nik Suwaida Nik Mohyideen dikurniakan dua orang anak perempuan dan empat orang anak lelaki.

    ALSO READ:  Caprice Dinasihati Tingkat Keselamatan Selepas Kongsi Video Rakaman CCTV Faisal Halim?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts