Pelakon Eyra Hazali akhirnya mendedahkan wajah dan mengumumkan nama anak ketiga yang baru dilahirkan pada 26 September lalu.
Nama anak ketiga
Menerusi hantaran di Instagram, Eyra dan suami, Haziq Nazdli memilih nama Muhammad Hud Ezqandar buat putera ketiga mereka.
Assalamualaikum Muhammad Hud Ezqandar.
Pada hantaran sama, aktres berusia 25 tahun itu turut berkongsi foto bersama suami serta dua lagi anak lelakinya.
Dalam pada itu, Eyra turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menitipkan doa.
Terima kasih banyak atas doa-doa yang kalian titipkan buat saya sekeluarga.
Sekadar info, Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli pada 2019.
Hasil perkahwinan, mereka turut mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qhalish, 4 dan Endra Haqimie yang kini berusia dua tahun.