Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentAtas Angin Festival 2024 Angkat Nama & Bakat Artis-Artis Tempatan

    Atas Angin Festival 2024 Angkat Nama & Bakat Artis-Artis Tempatan

    -

    Shopee CNY Sale
    Setelah menjayakan 2 festival selama 2 tahun berturut turut, juga mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung. Atas Angin Festival 2024 bakal menggegarkan Rooftop @7. MyTown Cheras sekali lagi pada 3 Ogos ini dengan lebih besar dan berbeza dari tahun yang lalu.
    Kemunculan semula festival kali ini akan menjadi lebih luar biasa dimana Atas Angin MY akan membawa 101 barisan artis tempatan dan 5 pentas yang akan menampilkan persembahan yang hebat, di hari yang sama. Selain daripada melakar sejarah peribadi, Atas Angin MY juga mengimpikan untuk menjadi penganjur yang melakukan festival indie terbesar di Asia Tenggara.

    Berlangsung Selama 15 Jam Tanpa Henti

    Festival ini akan dibahagikan pada beberapa kategori persembahan seperti artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ. Antara barisan artis adalah Bittersweet. Alleycats, Hyper Act., Amir Jahari, Estranged, lamNEETA, Iqbal M., Jemput Dengar, Kyoto Protocol dan ramai lagi.
    Atas Angin Festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat. Selain itu, Atas Angin Festival kali ini bertujuan untuk mengangkat nama dan bakat artis-artis tempatan di Malaysia.
    Jualan tiket kini berada di fasa ketiga dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com dengan harga serendah RM 159 bagi tiket solo (1x), RM 300 bagi tiket duo (2x), dan RM 556 bagi tiket group (4x),

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,180FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts