Pelakon kelahiran Singapura, Atiqah Suhaime kini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang tertutup, malam tadi.
Terasa Bagaikan Mimpi
Terkini, Atikah menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik foto perkahwinannya bersama suami serta memberikan kapsyen mengenai dirinya yang terasa bagai mimpi apabila sudah bergelar seorang isteri.
“Macam tak percaya. Ingatkan mimpi.”-kapsyen Atikah di Instagram
“Pak Suhaime Sebut Lancar, Lokman Sekali Nafas..”
Menerusi hantaran yang berbeza, pelakon filem My Stupid Boss ini juga menitipkan rasa syukur melihat majlis akad nikah berjalan dengan lancar, malah sempat berseloroh dengan suaminya memberikan lafaz nikah dengan sekali nafas.