Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAufahanie Berdepan Suasana Raya Berbeza Selepas Ibu Bapa Bercerai, Dedah Alami Trauma...

    Aufahanie Berdepan Suasana Raya Berbeza Selepas Ibu Bapa Bercerai, Dedah Alami Trauma Untuk Berkahwin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    aufahanieaufahanie

    Penyanyi meningkat naik, Aufahanie berkongsi pengalaman menyambut lebaran selepas ibu dan bapanya bercerai.

    Perceraian ibu bapa

    aufahanieaufahanie

    Ketika ditemui Aufahanie mendedahkan ibu dan bapanya sudah lama bercerai namun itu tidak menghalangnya untuk menyambut hari raya bersama berikutan mereka tinggal di lokasi yang berhampiran.

    Umi dan ayah berpisah sejak usia sembilan tahun, jadi sudah lama saya beraya dalam keadaan begitu.

    Tapi yang beruntungnya kampung mereka berdua dekat, dua-dua di Sabak Bernam.

    Contohnya hari pertama, pagi di rumah ayah selepas itu akan ke kampung umi pula. Jarak dalam 15 ke 20 minit sahaja.

    Menurut Aufahanie, ketika bulan Ramadan dia juga akan berbuka puasa secara bergilir-gilir di rumah ibu dan bapanya.

    Kalau buka puasa bergilir-gilir pun boleh, macam ayah sudah berkahwin jadi ada hari yang dia akan berbuka dengan isteri. Saya pula akan berbuka di rumah umi.

    Aufahanie berkata demikian ketika ditemui dalam sebuah majlis bersama Indigital Music x FYP Media yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Trauma dengan perkahwinan

    aufahanieaufahanie

    Bagaimanapun, memiliki keluarga yang bercerai berai telah menyebabkan pelantun lagu Geming Jiwa tersebut terpaksa tinggal berasingan dengan adik beradiknya yang lain selepas dia dan adik dibawa oleh bapa mereka.

    Masa kecil kami tak akrab, tapi bila sudah dewasa kami jadi rapat.

    Sangat kelam kabut, dari saya kecil sampai umur 17 tahun boleh dikatakan saya tak seronok langsung.

    Penyanyi berusia 21 tahun itu juga mendedahkan bahawa dia mengalami depresi dan kegelisahan (anxiety) kesan kemelut perceraian yang melanda keluarganya.

    Dalam pada itu, Aufahanie juga berdepan dengan trauma untuk mendirikan rumah tangga.

    Mungkin sebab itu saya sekarang tak ada teman lelaki. Saya rasa takut dan trauma nak berkahwin bila tengok apa yang umi jalani.

    ALSO READ:  Muhammad Luth Syauqi Disahkan Meninggal Dunia, Ibu Reda Pemergian Anak-Anak – ‘Hilang Sudah Kesakitannya’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts