Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAufahanie Kecewa Ada Pihak Ambil Kesempatan, Minta Buat ‘Paid Review’ Di Kala...

    Aufahanie Kecewa Ada Pihak Ambil Kesempatan, Minta Buat ‘Paid Review’ Di Kala Kehilangan Abang Tercinta – ‘Mana Common Sense Anda?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Aufahanie meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang seakan mengambil kesempatan di kala kondisi dirinya dan keluarga masih lagi tidak stabil selepas kehilangan arwah abangnya, Muhammad Nidza Afham.

    Ada orang minta buat ‘paid review’

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), pemilik nama Nur Aufahanie Mokhtar berkata terdapat pihak yang tergamak memintanya untuk melakukan ‘paid review’ di kala dirinya dan keluarga sedang berduka.

    Saya baru kehilangan ahli keluarga. Akaun (media sosial) saya dicari untuk perkembangan abang saya. Bukan saya viral sebab benda lain.

    Di manakah ‘common sense’ anda? Mesej saya untuk beri kempen kerana ‘engagement’ saya sedang tinggi sekarang demi kepentingan jenama anda?.

    Tambah pelantun lagu ‘Geming Jiwa’ ini lagi, dia juga berang dengan tindakan sesetengah pihak yang seakan memaksa dirinya untuk menjalinkan kerjasama tanpa memikirkan keadaan dan situasi yang dihadapinya ketika itu.

    Perkara ini sangat tidak boleh diterima. Dari TikTok hingga ke Instagram, dua tiga kali jenama ini mesej saya untuk kolaborasi kempen seolah-olah memaksa.

    Jadi saya rasa saya perlu bersuara supaya anda faham ini tidak patut berlaku. Tolong jadi profesional.

    Takkan tak ada seorang pun pasukan perhubungan awam (PR) anda yang tahu perkara ini tidak patut berlaku? Kecewa saya.

    Terdahulu, abang kepada Aufahanie yang juga merupakan penyanyi, Nidza Afham dilaporkan hilang pada Selasa lalu selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kemudiannya memaklumkan mengenai penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, pada Rabu

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

    ALSO READ:  Fasha Sandha Syukur Berat Badan Kini 50Kg, Boleh Sarung Baju Anak Umur 9 Tahun – ‘Hari Itu Naik 600gram Sebab Makan Banyak’

    Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.

    Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

    Sementara itu, Polis Selangor iaitu Datuk Hussein Omar Khan, berkata, hasil bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts