Semalam, negara dikejutkan dengan berita penemuan satu mayat lelaki di Sungai Klang yang disahkan oleh pihak polis bahawa ianya milik abang kepada penyanyi, Aufahanie iaitu Nidza Afham Mokhtar.
Mohon Netizen Hormati Perasaan Keluarga
Bekas peserta program realiti Big Stage ini turut memohon kepada orang ramai menerusi hantaran di Insta Stories untuk tidak berkongsi foto arwah abangnya saat ditemui itu untuk menghormati perasaan mereka sekeluarga.
“Tolong. Tolong. Jangan share gambar Arwah Abang saya yang ditemui ke media sosial anda.
Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih.”-tulis Aufahanie di Insta Stories
“Andaikan Kau Datang Kembali, Jawapan Apa Yang Kan Kuberi…”
Dalam pada itu, Aufa menerusi hantaran di Instagram, turut berkongsi beberapa foto dirinya bersama arwah ketika masih kecil berserta kapsyen meluahkan rasa rindu terhadap arwah abangnya itu.
“Andaikan kau datang kembali, jawaban apa yang kan kuberi. Adakah jalan yang kau temui, untuk kita kembali lagi?
Terima kasih sebab tinggalkan banyak cover sedap sedap untuk kitorang dengar balik bila kitorang rindu. We miss you already Am 🤍.”-kapsyen Aufahanie di Instagram
View this post on Instagram
Sebelum ini, Aufahanie berkongsi berita kehilangan abangnya di media sosial selepas melakukan jogging di Stadium Sultan Sulaiman, Kajang.
Difahamkan, pihak polis percaya kehilangan Nidza Afham ketika itu berkaitan dengan kes samun setelah kehilangan kad debit dan wang tunai, manakala kad pengenalan, kad pelajar dan foto yang disimpan dalam dompet milik Nidza ini tidak terusik.
View this post on Instagram
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…