Penyanyi Aufahanie meluahkan rasa rindu terhadap arwah abangnya, Nidza Afham.
Rindu
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aufa, 21, berharap arwah muncul dalam mimpinya.
I miss you. Datang lah dalam mimpi aku lagi please.
Menerusi hantaran sama, pelantun lagu Geming Jiwa itu turut berkongsi foto kenangan sewaktu dia dan arwah masih kecil.
Aufa turut menggunakan lagu berjudul Andaikan Kau Datang yang dinyanyikan semula atau ‘cover’ oleh arwah sebagai muzik latar.
Pada 14 Ogos lalu, arwah Nidza Afham dilaporkan telah hilang selepas melakukan aktiviti riadah di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.
Selang beberapa hari, polis menenui mayat seorang lelaki di sekitar Jambatan Sungai Klang dan mengesahkan mayat tersebut ialah Nidza Afham.
Kes kematian arwah diklasifikasikan sebagai mati mengejut atau ‘sudden death report’ (SDR).