Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Astro Warna membawakan satu lagi program komedi variasi terbaharu yang mencabar barisan selebriti senior wanita.
Reaksi Spontan Dan Mencuit Hati
Antara barisan selebriti yang terlibat adalah Norlia Ghani, Engku Faridah, Rosnah Mat Aris, Didie Alias dan Noorkhiriah dalam mengharungi pelbagai pekerjaan rakyat Malaysia dalam ‘Aunty Reporting for Duty’.
Program ini turut memaparkan pelbagai reaksi spontan dan mencuit hati apabila ‘aunty aunty’ ini terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak pernah terlintas di kepala mereka.
Diberi Tugas Yang Mencabar
Menerusi sembilan episod, barisan ‘Aunties’ yang berusia antara 74 tahun – 46 tahun ini diberi tugas untuk mencabar diri mereka dalam pelbagai pekerjaan yang menguji fizikal, mental dan emosi.
Antara pekerjaan tersebut termasuk sebagai nelayan, pramugari, renjer hutan, atlet, mekanik serta bidang-bidang yang memerlukan kepekaan dan teknik yang betul seperti paramedik.
Realiti Karakter Dan Perangai Sebenar
Pelbagai reaksi dan aksi lucu bakal disaksikan penonton apabila realiti dan karakter sebenar setiap barisan selebriti senior ini yang tidak pernah diketahui oleh khayalak ramai, terkeluar semuanya dalam ‘Aunty Reporting For Duty’.
Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari berkata, dalam program ini, penonton dapat melihat dengan sendiri realiti karakter dan perangai sebenar golongan selebriti ini diluar set pengambaran.
Boleh Mempelajari Sesuatu
Program ini juga telah membuktikan bahawa usia dan jantina bukanlah penghalang untuk mempelajari sesuatu yang baharu, yang luar dari keselesaan kita”.
‘Aunty Reporting For Duty’ akan ditayangkan pada setiap hari khamis, bermula 31 Ogos 2023, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Warna (107).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.
Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.