A&W, perintis rangkaian makanan segera yang telah menawan hati rakyat Malaysia sejak 1963, mengumumkan pembukaan restoran ke-100 di pusat beli-belah Sierra Fresco yang terletak di kawasan perbandaran yang sedang berkembang pesat di 16 Sierra, Puchong South.
Sambutan penuh bermakna ini bertepatan dengan ulang tahun ke-60 A&W di Malaysia, menambahkan lagi kepentingan pencapaian ini.
Restoran baru A&W di Sierra Fresco ini menampilkan konsep baharu yang mengujakan, menawarkan suasana gaya restoran Amerika yang mengalu-alukan kehadiran penduduk di
sekitar kawasan tersebut untuk merasai suasana gaya retro sambil menikmati menu klasik kegemaran mereka serta tawaran menu yang dikemas kini sesuai dengan citarasa generasi baharu.
Kekal teguh kepada akar umbinya, A&W terus menyerapkan inovasi dalam tawarannya. Restoran ke-100 A&W dengan bangganya memperkenalkan kiosk tempahan sendiri yang
pertama seumpamanya di mana-mana restoran A&W di Malaysia, membolehkan pelanggan memenuhi keinginan mereka dengan hanya beberapa klik untuk memesan hidangan
mereka.
Untuk meningkatkan pengalaman pencuci mulut yang menjadi tarikan istimewa A&W sejak dahulu, restoran baru ini juga menampilkan bar pencuci mulut khas yang menyajikan hidangan lazat termasuk wafel dan ais krim yang menjadi kegemaran ramai.
Encik George Ang, Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, berkongsi pandangan beliau tentang perjalanan luar biasa jenama A&W di Malaysia sejak pembukaan restoran
pertamanya pada tahun 1963:
“Sejak 60 tahun lalu, A&W telah menyematkan jenamanya ke dalam hati, minda dan citarasa rakyat Malaysia merentasi pelbagai generasi. Namun, seiring dengan perubahan masa, kami turut berkembang untuk memenuhi keperluan generasi baru sambil mengekalkan ciri ikonik kami. Komitmen kami terhadap inovasi berterusan memberikan jaminan bahawa kami terus menyediakan tawaran yang menyegarkan kepada semua rakyat Malaysia. Tanpa dibuai dengan rasa selesa atas kejayaan masa lalu, A&W berharap untuk terus berkembang bersama Malaysia selama beberapa dekad dan juga generasi akan datang.”
Komitmen terhadap inovasi dan kualiti ini telah membolehkan jenama itu kekal relevan, sama seperti restoran pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan restoran A&W legenda di Petaling Jaya yang merevolusikan konsep pandu lalu. Selain pembukaan restoran ke-100, A&W Malaysia juga telah membuka restoran A&W lapangan terbang pertamanya di balai berlepas antarabangsa Terminal 2 KLIA pada 11 Julai 2023 dan dijangka akan melihat lebih banyak restoran A&W dibuka di lapangan terbang tidak lama lagi. S
Restoran Pandu-Lalu akan menjadi satu lagi tumpuan A&W bagi memenuhi trend dan permintaan semasa pelanggan. Seiring dengan pembukaan restoran ke-100, pencapaian membanggakan ini mendekatkan A&W kepada matlamatnya untuk membuka 150 kedai menjelang 2025 seterusnya mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai jenama makanan segera terkemuka di negara ini.
Pelanggan A&W benar-benar boleh menjangkakan pengalaman baharu yang menyegarkan untuk tahun-tahun akan datang kerana jenama A&W kekal komited untuk menggembirakan pelanggan dengan tawaran inovatif, seiring dengan cita rasa dan pilihan yang sentiasa berubah.
Untuk maklumat lanjut mengenai A&W Malaysia, sila layari: Facebook: www.facebook.com/anwmalaysia/ Instagram: @anwmalaysia dan Twitter: @anwmalaysia
Credit: Selera – Murai MY