Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentA&W Melebarkan Sayapnya Ke Kangar Dengan Penawaran Perkhidmatan 24 Jam Berserta Pandu...

    A&W Melebarkan Sayapnya Ke Kangar Dengan Penawaran Perkhidmatan 24 Jam Berserta Pandu Lalu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    A&W, jenama rangkaian restoran makanan segera yang menawan hati dan selera warga Malaysia, kini dibuka di Perlis.

    Pelan Pengembangan Seluruh Negara

    Terletak di Kangar, cawangan A&W baharu ini mengukuhkan komitmen jenamanya untuk membawa makanan segera klasik serta ikonik ke Negeri paling utara di Semenanjung Malaysia sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan ke seluruh negara.

    Dengan ketibaannya di Kangar, A&W kini boleh didapati di setiap Negeri di Semenanjung Malaysia!

    Pembukaan cawangan ini adalah lanjutan daripada pelancaran cawangan ke-100 A&W di Sierra 16 di Puchong, Selangor, diikuti oleh sebuah lagi di Terminal 2 KLIA.

    Masih Kekal Relevan

    via tajria

    Restoran baharu ini menjadi bukti kepada pertumbuhan pesat jenama ini dan popularitinya yang kekal relevan, dalam aspirasi A&W Malaysia untuk mencapai 130 cawangan di seluruh negara menjelang 2024.

    Satu keunikan A&W di Kangar ini adalah komitmennya untuk menawarkan perkhidmatan 24 jam kepada komuniti setempat; 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

    Ini bermakna bahawa penduduk Perlis dan juga pelawat yang singgah ke Negeri ini dapat menikmati makanan A&W kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja, pada waktu siang mahupun malam dan menjadikannya tempat tumpuan, termasuk untuk mendapatkan kudapan lewat malam di Kangar.

    Menawarkan Pelbagai Perkhidmatan

    Selain itu, restoran A&W Baharu di Kangar ini turut akan menawarkan kemudahan perkhidmatan pandu lalu, justeru memenuhi keperluan mereka yang lebih suka menjamu selera di restoran dan juga mereka yang ingin mendapatkan makanan untuk dibawa dalam perjalanan.

    Tanpa mengira sama ada anda seorang individu, keluarga atau pengembara yang mahukan hidangan yang cepat dan lazat, A&W baharu di Kangar pastinya mempunyai sesuatu yang boleh ditawarkan untuk semua.

    ALSO READ:  Tular Video Budak 10 Tahun Ditendang, Dipijak & Hampir Dibakar Oleh Bapa Saudara

    Masih Kekal Dengan Menu Klasik

    via tajria

    Dengan pembukaan A&W Malaysia di Kangar, ia mengalu-alukan semua penduduk dan pengunjung bersama-sama untuk menikmati cita rasa nostalgia dan inovasi yang telah menjadi sinonim kepada jenama itu selama 60 tahun.

    Dengan komitmennya terhadap kualiti, kemudahan dan daya tarikan menu klasik dan kontemporarinya, A&W sedia untuk berkembang dan kekal berjaya di Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut tentang A&W Malaysia, sila layari www.anwmalaysia.com.my.

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts