Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Awak Ingat Buat Bisnes Itu Mudah?”-Tyra Kamaruzzaman Bidas Komen Netizen Kritik Suami?

    “Awak Ingat Buat Bisnes Itu Mudah?”-Tyra Kamaruzzaman Bidas Komen Netizen Kritik Suami?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Personaliti media sosial dan pengasas kosmetik, Tyra Kamaruzzaman tampil bersuara terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoalkan bisnes fesyen milik suaminya, Emran Rijal.

    “Kenapa eh, default anak-anak orang kaya kalau buat bisnes mesti fashion. Sebab diorang tak berapa bijak nak buat engineering/ tech kind of business ke?”.-komen netizen

    Tyra, menerusi hantaran di Insta Stories, meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang menyifatkan suaminya berjaya dan mempunyai perniagaan sendiri adalah disebabkan dirinya berasal dari keluarga yang berada, sedangkan suaminya itu dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang berusaha untuk membesarkan enam orang anaknya secara bersendirian.

    “Saya melihat banyak komen yang mengatakan Emran datang dari keluarga kaya, sebab itu dia berjaya dan mempunyai bisnes, claiming he’s not self mode.

    Emran dibesarkan oleh ibu tunggal, ibu mentua saya yang bekerja keras membesarkan 6 orang anak sendiri. Saya belajar dan mendengar bagaimana kuat dan sukarnya membesarkan 6 orang anak itu secara sendirian.

    Daripada dibesarkan oleh seorang ibu yang sangat kuat, apa yang dia mahukan hanyalah untuk memberi semula kepada ibunya, dan saya melihat kesemua adik-beradik Emran memberi kepada ibu mereka. Dan kini dia hidup dalam keadaan selesa apabila diuruskan oleh anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.”-tegas Tyra

    Tambahnya lagi, dia turut meminta orang ramai untuk bersikap baik hati sahaja jika tidak boleh menyokong mengenai sesuatu perkara.

    “Jika anda tidak boleh menjadi penyokong mengenai sesuatu, sekurang-kurangnya jadilah seorang yang baik. Seberapa bijak anda, adalah penting untuk belajar mempunyai adab dan hormat.”-titip Tyra lagi

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts