Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan menyebabkan mendorong pelakon Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali.
Beg Yang Ke-99
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Azhan berkata, secara purata sebanyak 2,000 beg darah diperlukan sehari untuk kegunaan pesakit di seluruh negara dan permintaan akan lebih meningkat apabila tiba musim cuti serta perayaaan.
Ini beg yang ke-99, yang tak tahu kenapa dia warna kuning… sebab itu darah platelet dan plasma yang sudah diasingkan daripada darah merah oleh mesin.
Tak perlu ketawa atau buat jenaka, kita semua ada darah ini kecuali keturunan Mahsuri.
Malah Azhan juga berhasrat untuk mencapai 100 bag untuk tempoh dua minggu lagi jika diberikan kesihatan yang baik.
Ada izin Allah SWT, insya-Allah dua minggu lagi panjang umur sihat badan boleh genapkan 100.
Banyaknya derma darah? Tak banyak pun.
Tadi baru sembang dengan staf Pusat Darah Negara, rekod sekarang penderma darah paling banyak dah 800 kali dan masih aktif menderma.
Selagi sihat dan mampu nikmat kesihatan boleh dikongsi pada yang memerlukan.
Memberikan Kesedaran Kepada Orang Ramai
Mengulas lanjut, Azhan memaklumkan, umur maksimum bagi individu untuk menderma darah adalah 70 tahun, namun ia hanya terbuka kepada mereka yang tiada penyakit.
Hantaran ini harap dapat menjentik lebih ramai untuk turut sama prihatin menderma darah.
Tak kisah jika penderma darah utuh (wholeblood) atau penderma aferesis macam aku.
Insya-Allah, sama-sama kita bantu yang memerlukan sambil tingkatkan kesihatan diri sendiri.
Tiada paksaan hanya galakan, yang sihat dan layak jom menderma darah!
Ujarnya, hantaran yang dibuat bukan untuk bermegah dengan jumlah beg sudah diderma tetapi ia sebagai kesedaran kepada orang ramai supaya melakukan hal sama.
Diruangan komen, warga net dan rakan-rakan artis memuji usaha Azhan dan ada juga yang turut berterima kasih dengan apa yang disauahan dan ditunjukkan olehnya itu.