Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Awak Semua Kata Saya Menunjuk, Saya Cuma Pakai Barang Yang Ada’ –...

    ‘Awak Semua Kata Saya Menunjuk, Saya Cuma Pakai Barang Yang Ada’ – Kieda Crepe

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    kieda simpatikieda simpati

    Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe menepis dakwaan bahawa dia ingin meraih simpati daripada orang ramai susulan insiden rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini.

    Bukan untuk viral

    @ayu_kekasih..themelvin

    “Dalam masa yang sama saya mengidap penyakit cyst,pcos” -Kieda Crepe.moga Allah angkat segala penyakit Kieda dan dipermudahkan segala urusan #fyp #kiedacrepe #viral #beritatiktok #pdrm #fyp??viral

    ? original sound – Kekasih Rahayu Agent Selangor – Kekasih Rahayu Agent Selangor

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra menjelaskan bahawa tiada sesiapa pun yang mengetahui tentang kejadian rompakan tersebut selama 40 hari lalu.

    Selama barang saya hilang 40 hari, saya tak minta simpati sesiapa pun. Staf saya tak tahu dan tak cerita dekat sesiapa pun.

    40 hari saya tak pergi ke kubur abah sebab saya tak nak dia sedih. Saya tak nak dia tahu yang saya sedang hadap ujian yang besar ini.

    Dalam pada itu, Kieda menegaskan dia sama sekali tidak pernah menunjuk-nunjuk malah hanya memakai barangan kemas untuk kepuasan diri sendiri.

    Kalau awak semua kata saya menunjuk, saya tak menunjuk. Saya cuma pakai barang yang saya ada.

    Saya dengan dunia saya, saya tak ada rasa nak berlawan dengan orang. Orang akan kecam saya sebab saya lantang.

    Kieda yang tak mampu menahan sebak berkata, dia memaklumkan tentang kejadian tersebut di media sosial dengan harapan agar kes rompakan itu dapat diselesaikan dengan segera.

    Saya cuma nakkan jawapan sahaja. Kalau saya nak viral dari hari pertama lagi saya viralkan.

    Selama saya berniaga, saya tak pernah berhutang dengan orang. Saya tak pernah lari dari membayar cukai dan zakat.

    Saya cuma nak minta tolong ‘repost’ video biar sampai ke pihak atasan.

    Rentetan kejadian itu, kesihatan ibu kepada dua orang anak tersebut juga turut terkesan.

    Orang tanya kenapa saya kurus, saya tak makan sebab teringatkan barang-barang saya. 

    Dalam masa yang sama saya ada cyst, pcos (sindrom ovari polisistik)..ujian saya semuanya berat.

    Terdahulu, Kieda mendedahkan tentang kejadian rumahnya yang dirompak setelah 40 hari mendiamkan diri.

    ALSO READ:  Abby Abadi Titip Ucapan Hari Jadi Buat Marissa Dania – ‘Siapa Buat Adik Menangis Beritahu, Mama Datang’

    Pelbagai barangan berharga telah dicuri antaranya barang kemas iaitu gelang, rantai dan cincin serta wang. Nilai kesemua barangan tersebut dianggarkan sebanyak RM800,000.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts