Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAwal Ashaari Dipilih Jadi Wajah Usanita, Bakal Kendali Program Bual Bicara 15...

    Awal Ashaari Dipilih Jadi Wajah Usanita, Bakal Kendali Program Bual Bicara 15 Episod – ‘Saya Percaya Program Ini Memberi Nafas Baharu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    awal ashaari nanaawal ashaari nana

    Pengacara Awal Ashaari dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datin Seri Adzliana Hasan bakal tampil dengan sebuah program bual bicara yang akan ditayang di Youtube Channel Usanita, pada awal Jun ini.

    Kongsi pengalaman jatuh bangun

    Awal Ashaari USANITAAwal Ashaari USANITA

    Menurut Awal yang juga dilantik sebagai wajah Usanita menyatakan, program bual bicara ini sangat berbeza dengan podcast Hitam Putih yang dikendalikan Adzliana bersama pelakon tersohor, Datuk Rosyam Nor.

    Kata Awal, program sebanyak 15 episod ini akan menyajikan kisah-kisah inspirasi masyarakat termasuk golongan selebriti tanah air.

    Antara program terbaharu yang akan ditayangkan adalah sebuah program bual bicara yang berkonsep segar yang mana akan dikendalikan oleh saya dan Adzliana sebagai hos.

    Program yang akan ditayangkan selama 15 episod ini akan menampilkan beberapa selebriti tanah air dan mereka yang berjaya dalam bidang masing-masing untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun dalam mencapai kejayaan.

    Saya percaya program baru ini memberi nafas baharu dan pilihan yang sedikit berbeza kepada penonton. Kita mahu sajikan sesuatu yang lebih segar dan bersifat santai kepada penonton selain boleh memberikan inspirasi kepada mereka yang melihatnya.

    Awal berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Usanita yang diadakan di EQ, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

    Target nak tawan sosial media

    Datin Seri Adzliana Datin Seri Adzliana

    Sementara itu, Adzliana berkata, jalinan kerjasama dengan Awal bukan sekadar hos dan wajah Usanita, malah akan memberi perspektif baharu dengan cadangan dan pandangan yang akan diberikan.

    Tambahnya lagi, Awal turut akan memberikan pelbagai tips dan perkongsian tentang penjenamaan, penjagaan diri sebagai usahawan dan cara untuk tampil berkeyakinan bersama Perintis Usanita secara maya dan juga secara bersemuka pada tahun ini.

    Sejajar dengan matlamat Usanita untuk menawan media sosial pada tahun ini, Usanita bukan sahaja melahirkan program sendiri namun sentiasa bekerjasama dengan pencipta kandungan media sosial yang lain.

    Selain bakal tampil bersama Awal, Usanita akan bekerjasama dengan sebuah rancangan podcast yang sedang meningkat naik iaitu Apa Cerita? yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin yang mana selama 10 episod istimewa ini akan memaparkan sesuatu yang istimewa dengan suntikan penjenamaan Usanita.

    Dalam pada itu, Usanita yang sudah empat tahun dibangunkan sebagai satu entiti pemudah cara bagi golongan usahawan terutama dalam kalangan B40 yang perlu dibantu bakal bekerjasama dengan pihak kerajaan di Indonesia untuk menjalankan program mega iaitu ‘Bridge to Brilliance’ tahun ini.

    ALSO READ:  Didie Alias Titip Pesanan, Contohi Siti Nurhaliza Jika Ingin Berada Dalam Industri Seni

    Sekadar info, Usanita Sdn Bhd adalah badan pemudahcara persendirian di dalam bidang keusahawanan yang menghubungkan usahawan-usahawan kepada pihak kementerian, agensi kerajaan dan badan korporat berkaitan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts