Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAwal Ashaari, Scha Alyahya Refleks Diri Setiap Kali Bergaduh – ’11 Tahun...

    Awal Ashaari, Scha Alyahya Refleks Diri Setiap Kali Bergaduh – ’11 Tahun Perkahwinan Memang Mencabar, Selesaikan Sebaiknya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Awal AshaariAwal Ashaari

    Memasuki 11 tahun usia perkahwinan, pelakon dan pengacara, Awal Ashaari mengakui tidak terlepas daripada berdepan ujian rumah tangga bersama isteri, aktres Scha Alyahya.

    ‘Tolak tepi perpisahan’

    Awal AshaariAwal Ashaari

    Bagaimanapun, Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 43, berkata, dia sentiasa mengingatkan diri sendiri untuk mempertahankan perkahwinan yang dibina demi anak-anak.

    Jelas Awal, dia mengamalkan sikap toleransi dan saling memaafkan antara satu sama lain setiap kali berlaku salah faham.

    Setiap orang ada hak memilih pasangan masing-masing, kalau sudah tidak bahagia buat apa hidup dalam hubungan yang toksik.

    Saya selalu pesan dengan Scha, walaupun kita ada kuasa untuk berpisah tetapi perlu fikir tentang banyak fator. Dalam dunia ini kami sudah ada dua anak, ada keluarga.

    Sebaik-baiknya kalau buat sesuatu keputusan meskipun dalam keadaan marah, tolak tepi fasal perpisahan. Perceraian itu adalah jalan terakhir.

    Selagi boleh diselesaikan atau diselematkan, lebih baik diselamatkan. Tak kisah dua tiga hari tak bertegur, tetapi lepas itu kami akan ‘go front’ dan saling meminta maaf.

    Awal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kita & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, pada Isnin.

    Pada acara tersebut, Awal turut hadir bersama isteri tercinta, Scha Alyahya.

    Tempoh bertenang

    Dalam pada itu, Awal berkata, dia mengambil sedikit masa untuk bertenang dan muhasabah diri setiap kali berlaku salah faham.

    Scha selalu tempoh dia ‘cool down’ dalam satu jam sahaja, tetapi saya sampai tiga hari. Saya suka berfikir sendiri, kadang lama sikit merajuknya.

    Masa yang lama itu saya gunakan untuk refleks semula diri saya. Kemudian saya akan dapati memang salah saya.

    Scha tak pujuk melalui percakapan tetapi menerusi sikap. Dia pujuk dengan cara masakkan saya, sediakan air dan lain-lain lagi.

    Faham pasangan

    Awal AshaariAwal Ashaari

    Sementara itu, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean, 41, turut mengakui mahligai yang dibina bersama suami penuh cabaran dan onak duri. Namun, kunci utama adalah saling memahami antara satu sama lain.

    Saya dan awal bukan la ‘happy couple’ sangat, kami berdua pun ‘struggle’, ada sahaja ujian yang kami lalu setiap hari.

    Tetapi, kami akan cuba selesaikan setiap ujian itu sebaik yang mungkin. Memang agak mencabar, tambahan lagi usia perkahwinan kami sudah 11 tahun.

    Bagi saya, bukan tentang pasangan tetapi bagaimana saya sendiri untuk sentiasa gembira. Kalau sentiasa gembira pergaduhan yang berlaku akan kurang.

    Komunikasi penting, selain komunikasi kena faham pasangan masing-masing. Itu kuncinya.

    ALSO READ:  Norman Hakim Menjawab Dakwaan Menjatuhkan Isu Marissa Dania dan Menyuarakan Permintaan Kepada Abby Abadi untuk Berhenti Membongkar Peribadi Keluarga di Media Sosial

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts