Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Awalnya Diberi Nama Bella And Friends..Poster Antara Syarat Yang Saya Letakkan’ –...

    ‘Awalnya Diberi Nama Bella And Friends..Poster Antara Syarat Yang Saya Letakkan’ – Stacy Dedah Punca Tarik Diri Dari Konsert Sumandak Stars

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Stacy akhirnya membuka mulut menjelaskan sebab dia menarik diri daripada konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku.

    Penjelasan Stacy

    Menerusi temu bual Stacy bersama sebuah program hiburan (Hlive), Stacy atau nama lengkapnya Ummu Shaikhah Stacy Anam menjelaskan dia menarik diri kerana ada syarat yang tidak dipatuhi oleh pihak penganjur.

    Untuk Sumandak Stars ni awal-awal saya dah tolak sebab awal-awal namanya Bella & Friends punya konsert. Jadi, saya dah tolak memikirkan pasal kerja yang saya kena buat, sudah ada perancangan kerja saya sendiri.

    Jadi mereka tukar jadi Sumandak Stars, saya cakap lagi saya tak boleh join sebab saya sendiri pun tak nak lah jadi Bella & Friends.

    Tambah Stacy lagi, pihak pengajur kemudian memujuknya untuk turut terlibat dan disebabkan itu, dia telah meletakkan syarat.

    Bila saya terima saya ada letakkan beberapa syarat. Ada beberapa client penting yang terlibat. Jadi penting untuk saya pastikan sebelum ambil apa-apa job.

    Penting untuk mereka tahu apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Saya tak boleh nak nampak macam ‘friends’.

    ‘Poster pun salah satu syarat’

    Ujar pelantun Pelangi Senja itu lagi, segala urusan pada awalnya baik-baik sahaja sehinggalah sidang media mengenai konsert dibuat dan poster juga telah dikeluarkan.

    Saya agak terkejutlah sebab rasanya saya sudah jelaskan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Memandangkan saya sendiri tiada lock atau pun kontrak, dan saya dengar saya orang terakhir untuk confirm. Jadi saya ada masa untuk tarik diri dan tidak mahu terlibat.

    Dalam pada itu, Stacy mengakui agak terkilan apabila mendapat tahu gambar poster itu sudah ada draft pertama dari awal lagi.

    Saya awal-awal fikir mungkin kesalahan teknikal tapi rupanya memang dari awal gambar tu dah ada draft pertama.

    Kata Stacy lagi, dia terkejut kerana apa yang dikeluarkan adalah berlainan daripada apa yang telah dibincangkan.

    Saya harap tiada lagi perkara seperti ini berlaku. Saya pun kena fokus dengan apa yang dirancang dan kerja muzik saya sendiri.

    Saya tak nak orang anggap tak akan sebab poster, bukan semata-mata sebab tu tapi ada syarat-syarat lain. Tapi poster tu adalah salah satu syaratnya. Sebab itu saya tarik diri.

    Untuk info, Konsert Sumandak Stars menampilkan penyanyi-pemyanyi kelahiran Negeri di bawah bayu termasuklah Bella Astillah, Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wany Kayrie dan Didi Astillah.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Malas Dah Bercinta, Kita Nak Kahwin Dengan Awak Ja’ – Adira Bagi ‘Hint’ Rujuk Dengan Datuk Red?

    Konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada 30 November depan di Zepp Kuala Lumpur.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,208FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts