Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAwas! Kalau Ada 6 Tanda Ini, Maknanya Produk Kosmetik Kamu Tak Sesuai...

    Awas! Kalau Ada 6 Tanda Ini, Maknanya Produk Kosmetik Kamu Tak Sesuai Dengan Kulit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tak semua jenis kulit dan orang sesuai memakai beberapa produk kosmetik tanpa patch test terlebih dulu. Jika kamu bukan seorang yang suka patch test sebelum membeli, berhati-hati ye…

    Sekiranya bernasib baik, mungkin tiada kesan buruk selepas menggunakannya. Tetapi jika tidak, mungkin kulit akan menunjukkan beberapa tanda yang sebenarnya kulit kamu tak sesuai memakai produk tersebut.

    #1 Kulit makin sensitif 

    Bahan yang terkandung dalam sesetengah produk kosmetik biasanya boleh buatkan kulit wajah menjadi makin menipis, skin barrier tak kuat dan sangat sensitif.

    Foto – Pinterest

    Ciri-ciri kulit yang ‘rosak’ akibat ketidaksesuaian produk kosmetik adalah kulit mudah jadi kemerahan, tekstur kulit jadi kering dan kasar hingga menjadi pedih.

    #2 Kulit menjadi kasar 

    Mungkin kamu tak tahu, kulit wajah menjadi kasar disebabkan oleh penumpukan sel kulit mati yang banyak. Bila terjadinya kulit kasar, wajah akan kelihatan sangat kusam dan tak bermaya.

    #3 Kulit jadi gatal-gatal 

    Kalau kamu pakai produk kosmetik dan beberapa ketika selepas itu rasa gatal-gatal, maksudnya ia tak sesuai dengan kulit. Biasanya rasa gatal-gatal ini disertai dengan rasa sedikit panas sehingga membuatkan individu tersebut rasa tak selesa.

    Foto – Pinterest

    #4 Muncul ruam pada kulit wajah 

    Bukan hanya gatal dan rasa panas, wajah pun boleh dinaiki ruam-ruam kasar di wajah. Jika ada naik ruam-ruam dan kemerahan di wajah, kamu perlu berhenti gunakannya. Rasanya akan membuatkan kamu gatal dan mahu menggaru, tetapi cuba untuk bertahan supaya kulit tak luka akibat garu.

    #5 Kulit menjadi semakin berminyak 

    Ketidaksesuaian produk kosmetik boleh menyebabkan kulit wajah jadi semakin berminyak. Keadaan itu berlaku disebabkan oleh bahan dalam produk kosmetik yang mengandungi minyak yang sangat tinggi.

    ALSO READ:  Ina Naim Bakal Bernikah Dengan Mohd K 8 November Ini? Isman Nadim Luah Rasa Lega – ‘Nama Lelaki Jelas Bukan Saya’

    #6 Jerawat, whitehead dan blackhead tumbuh naik

    Foto – Pinterest

    Sekiranya kamu nampak wajah ada jerawat, whitehead dan blackhead, itu tandanya produk kosmetik tidak sesuai dengan wajah. Kenaikan masalah kulit itu terjadi kerana pori-pori tersumbat dengan produk kosmetik yang tidak dapat dicuci dengan bersih.

    Kalau naik tanda-tanda ini, cepat berhenti gunakan produk kosmetik tersebut ye. Selamat beramal~

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts