Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAwi Rafael Beri Nafas Baharu Lagu Klasik, “HANYA TUHAN YANG TAHU”

    Awi Rafael Beri Nafas Baharu Lagu Klasik, “HANYA TUHAN YANG TAHU”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pemenang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 28, Awi Rafael kini kembali mempertaruhkan bakatnya dimana beliau memberi nafas baharu kepada lagu klasik.

    Lagu Yang Pernah Dibawa Oleh UNIC

    via Ilumisasi

    Lagu klasik yang berjudul ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ yang pernah dibawa oleh kumpulan UNIC ini telah digubah mengikut susunan muzik yang berbeza versi beliau sendiri.

    Awi Rafael bukanlah nama yang asing dalam industri muzik tanah air.

    Beliau juga merupakan artis solo yang pertama dari Asia untuk merakamkan lagu di Abbey Road Studios yang merupakan antara studio muzik paling unggul di dunia.

    Justeru, beliau ingin menggunakan pengalamannya untuk mengharumkan lagi industri muzik tanah air.

    Awi mengatakan yang beliau sangat selesa membawakan lagu ini.

    Selesa Dalam Membawakan Lagu

    via TV3

    Katanya, lagu tersebut adalah sepenuhnya versi dari dirinya sendiri. Dia turut sertakan kajian dari versi-versi yang pernah disampaikan oleh artis asal.

    Baginya lagi, dia sangat selesa dalam membawakan lagu ini kerana ia sangat unik. Lagu ini merupakan lagu nasyid yang popular pada zamannya dan menganggap ini sebagai cabaran baharu kerana bukan mudah untuk gubah lagu ini dengan susunan muzik yang lebih moden seperti pop rock dan teknik nyanyian yang baharu.

    Lagu yang penuh bermakna ini telah diberi peluang oleh pihak Alternate Records dan TV3 khas untuk runut bunyi drama ‘Di Wadi Safiyyah’ yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

    Pembikinan lagu ini hanya mengambil masa dua minggu dengan hasil pertolongan dan nasihat daripada pihak label dan produksi drama.

    Kepada semua peminat drama TV3, jangan lupa untuk saksikan drama ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi dan dengarkan runut bunyi terbaharu daripada Awi Rafael, ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’.

    ALSO READ:  ‘Zaman Sekarang Memang Orang Macam Kami Ramai Yang Nak, Jadi Saya Tak Terasa’ – Shaf Naufas

    Drama Bertemakan Cinta Dan Keluarga

    via BH Harian

    Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah ini bertemakan cinta dan keluarga. Ia mengisahkan tentang hubungan terlarang sehingga menimbulkan ketegangan antara cinta mereka.

    Antara pelakon yang membintangi watak-watak dalam drama ini adalah adalah Aniq Suhair dan Rita Nadira.

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer.

    Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang Alternate Records & Talents, lawati YouTube rasmi di Alternate Records & Talents dan Instagram @alternate.my_.

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts