Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAwie Lebih Selesa Anak Jadi Pembikin Daripada Penggiat – ‘Apapun Mesti Dahulukan...

    Awie Lebih Selesa Anak Jadi Pembikin Daripada Penggiat – ‘Apapun Mesti Dahulukan Pelajaran’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi dan pengarah Datuk Awie memberitahu dia mahu semua anaknya menjadikan pelajaran sebagai fokus utama sebelum mempertimbangkan minat mereka untuk mengikut jejak langkahnya dalam dunia hiburan.

    Fokus pelajaran dahulu

    Menerusi temu bual bersama Awie, vokalis kumpulan Wings ini mengakui bahawa anak lelakinya Putra Ahmad Merrah, 17, mempunyai minat ke arah bidang muzik. Sebagai bapa, Awie berkata, dia tidak pernah memberi galakkan atau memaksa kerana mahu anaknya mendahulukan pelajaran terlebih dahulu.

    Saya tak pernah galakkan dia, tapi kalau dia berminat itu hak dia sebenarnya. Apa yang saya suruh adalah belajar dulu. Insya-Allah, kalau dah okay semua daripada segi akademik, maka dia boleh sambung apa saja yang dia minat. Itu yang pertama.

    Tapi kalau nak paksa atau suruh anak ikut jejak langkah saya dalam bidang seni, tidak sama sekali. Malah, saya pernah bercakap dengan Merrah supaya jangan jadi penyanyi sebaliknya berada di belakang tabir.

    Tambah Awie, sebagai anak seni, dia lebih selesa anaknya berkecimpung sebagai pembikin berbanding penggiat.

    Jadi seorang pembikin dan bukan sebagai seorang penggiat. Hanya Merrah saja yang saya lihat minat menyanyi. Kakak-kakaknya mengambil kursus ‘Event Management’ dan ‘Creative Visual’.

    Saya sendiri berada dalam bidang ini, jadi saya lebih suka mereka menjadi pembikin daripada penggiat. Apatah lagi jika tiada akademik, jadi bahan ketawa orang saja.

    Awie ditemui pada Majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media Filem Rebel, baru-baru ini di Starling Mall.

    Sebelum ini, viral video Merrah bermain gitar sambil menyanyikan lagu Seniman Menangis yang dipopularkan Datuk Jamal Abdillah. Menulis kapsyen ‘Like Father Like Son’, video berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

    ALSO READ:  Aliff Syukri Tegur Amy Ukays: 'Kau Cemburu Suara Aku Sedap, Berlambak Komposer Nak Buat'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts