Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAwie Menyertai Pasukan Pengarah Filem Rebel, Bersama Ben Amir & MK K-Clique

    Awie Menyertai Pasukan Pengarah Filem Rebel, Bersama Ben Amir & MK K-Clique

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    awie awie

    Vokalis kumpulan Wings dan pelakon terkenal, Datuk Awie kini berada di kerusi pengarah menerusi sebuah filem aksi berjudul Rebel: Berontak Untuk Berotak.

    Filem ini mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique), meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.

    Satu tanggungjawab besar

    awie awie

    Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata dia beri peluang untuk mengarahkan filem ini semasa bertemu dengan Allahyarham Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London.

    Arwah bersama penerbit datang berjumpa saya dan kami berbincang mengenai filem Rebel, namun agak terkejut apabila mereka turut menawarkan saya mengarahkan filem ini.

    Secara jujurnya, saya anggap ini satu tanggungjawab yang besar. Apapun saya terharu dengan peluang yang diberikan dan menerimanya dengan hati terbuka.

    Meskipun cerita asal filem Rebel adalah cetusan idea Awie sendiri, namun naskah ini tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.

    Jelas Awie, apa yang ingin dipaparkan olehnya adalah tentang proses ‘baik pulih’ dalam sesebuah pertubuhan yang mungkin berlaku kepincangan.

    Selain itu, intipati paling utama yang ingin saya paparkan adalah sikap ‘rebel’ atau memberontak yang ada dalam diri dan jiwa seorang individu.

    Dalam kehidupan ini, setiap manusia tak ingin dilahirkan nak jadi jahat. Tentu ada punca yang membuatkan individu itu ada sikap ‘rebel’ dalam dirinya, Itu yang saya ingin tonjolkan dalam filem ini.

    Bercerita tentang pemilihan pelakon, aktor berusia 55 tahun itu merasakan sudah tiba masanya untuk industri perfileman menampilkan muka-muka baharu dalam filem aksi.

    Memang saya rancang untuk tampilkan pelakon seperti Ben Amir yang sebelum ini lebih dikenali dengan naskhah romantik. Jadi, saya cuba nak ubah dia untuk menjadi hero dalam filem aksi pula.

    Begitu juga dengan MK yang lebih menonjol dalam bidang nyanyian dan sudah mula aktif berlakon. Sepanjang penggambaran, saya lihat dia mempunyai kebolehan dan bakat yang besar.

    Justeri itu, Awie meletakkan harapan yang tinggi agar filem yang menelan kos hampir RM1 juta ini dapat diterima penonton.

    Tidak dinafikan tugas menjadi pengarah itu lebih sukar berbanding pelakon. Namun, sekurang-kurangnya saya belajar banyak perkara.

    Untuk filem pertama ini mungkin ada beberapa kelemahan dan kekurangan, tetapi saya akan perbaiki sekiranya mendapat peluang sebegini pada masa akan datang.

    Harapan penerbit

    awie awie

    Sementara itu, Zamin Fakry Zainol selaku penerbit berkata, pemilihan Awie selaku pengarah dibuat lantaran pengalaman luasnya dalam bidang lakonan.

    ALSO READ:  Lagu ‘Diam’ Hael Husaini Menang Anugerah Best Theme Song (Malaysia) Di Asian Academy Creative Awards 2024

    Maka, pihaknya merasakan sudah tiba masanya untuk Awie diberi peluang meraih pengalaman sebagai seorang pengarah filem pula.

    Sudah banyak filem yang beliau berlakon dengan pelbagai watak yang pernah dilakonkan. Jadi, kami begitu yakin pengalaman yang dimiliki itu dapat diterjemahkan pula apabila beliau duduk di kerusi pengarah.

    Sepanjang penggambaran dilakukan kami lihat beliau melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan ia dibuktikan dengan filem ini.

    Sudah tiba masanya penonton dapat menonton karya sulung daripada Awie, apatah lagi jalan cerita dan idea asal adalah daripada beliau sendiri.

    Kami juga yakin peminat yang suka kepada filem-filem genre aksi berpuas hati dengan naskhah yang dihasilkan ini.

    Jangan lepaskan peluang untuk saksikan filem Rebel: Berontak Untuk Berotak di pawagam seluruh negara bermula 2 Mei 2024.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts