Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentAwie Nampak Bakat & Kebolehan Ben Amir, MK K-Clique

    Awie Nampak Bakat & Kebolehan Ben Amir, MK K-Clique

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setelah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu Dato Awie kini diberi peranan sebagai seorang pengarah.

    Naskhah sulung Awie

    Menariknya, Awie telah dipilih untuk bertindak selaku pengarah menerusi sebuah filem aksi berjudul REBEL: Berontak Untuk Berotak.

    Bercerita lebih lanjut tentang permulaan beliau diberikan peluang mengarah filem, Awie memberitahu ia berlaku setelah pertemuan dengan Allahyarham Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London.

    Arwah bersama penerbit datang berjumpa saya dan kami berbincang mengenai filem Rebel, namun agak terkejut apabila mereka turut menawarkan saya mengarahkan filem ini.

    Secara jujurnya, saya anggap ini satu tanggungjawab yang besar. Apapun saya terharu dengan peluang yang diberikan dan menerimanya dengan hati terbuka.

    Ujar Awie lagi, filem ini menampilkan dua pelakon lelaki popular iaitu Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama, selain Shiqin Kamal dan Azlan Komeng. Tambah Awie, biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.

    Jelas Awie, apa yang ingin dipaparkan olehnya adalah tentang proses ‘baik pulih’ dalam sesebuah pertubuhan yang mungkin ada berlaku sebarang kepincangan.

    Selain itu, intipati paling utama yang ingin saya paparkan adalah sikap ‘rebel’ atau memberontak yang ada dalam diri dan jiwa seorang individu. 

    Dalam kehidupan ini, setiap manusia tak ingin dilahirkan nak jadi jahat. Tentu ada punca yang membuatkan individu itu ada sikap ‘rebel’ dalam dirinya, Itu yang saya ingin tonjolkan dalam filem ini.

    Disoal mengenai pemilihan Ben Amir dan MK K-Clique selaku teraju utama, Awie merasakan sudah tiba masanya untuk industri perfileman menampilkan muka-muka baharu berlakon dalam filem aksi.

    Memang saya rancang untuk tampilkan pelakon seperti Ben Amir yang sebelum ini lebih dikenali dengan naskhah romantik. Jadi, saya cuba nak ubah dia untuk menjadi hero dalam filem aksi pula.

    Begitu juga dengan MK yang lebih menonjol dalam bidang nyanyian dan sudah mula aktif berlakon. Sepanjang penggambaran, saya lihat dia mempunyai kebolehan dan bakat yang besar.

    Memandangkan Rebel ini merupakah naskhah sulung buat dirinya selaku pengarah, Awie meletakkan harapan yang tinggi agar filemnya itu dapat diterima penonton.

    Setelah agak lama bergelar seorang pelakon, sudah tiba masanya untuk saya menonjolkan diri sebagai pengarah. Tidak dinafikan tugas menjadi pengarah itu lebih sukar berbanding pelakon.

    Namun, sekurang-kurangnya saya belajar banyak perkara. Untuk filem pertama ini mungkin ada beberapa kelemahan dan kekurangan, tetapi saya akan perbaiki sekiranya mendapat peluang sebegini pada masa akan datang.

    ALSO READ:  Sarah Yasmine Nafi Peminat Meerqeen, Dedah Tak Suka Perangai ‘Sebab Saya Meerqeen’

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts